BERITA PASUKAN

“SUDAH TIBA KITA MENGUTIP MATA PENUH DI RUMAH KITA SENDIRI”

Ketua jurulatih Terengganu FC, Haji irfan Bakti sempat ditemubual selepas sesi latihan skuad TFC petang tadi berkenaan persediaan pasukan dalam aksi menentang Melaka United pada Sabtu ini.

Irfan dengan tegas menyatakan beliau telah mengarahkan kepada kesemua pemainnya supaya turun dengan komitmen penuh dan bagi pemain yang akan diturunkan Irfan menuntut mereka untuk memberikan lebih dari 100% usaha untuk memenangi perlawanan tersebut.

irfan juga menyatakan ianya adalah satu kerugian yang besar jika kita sekali lagi tidak berjaya untuk memungut 3 mata di gelanggang kita kerana perlawanan sebelum ini juga kita gagal dalam usaha mendapatkan kemenangan.

Walaubagaimanapun Irfan menyatakan pemain-pemainnya pada ketika ini dilihat lebih bersemangat dan bertekad untuk bermain bermati-matian dalam perlawanan menentang Melaka.

Berkenaan isu khabar angin berkenaan tunggakan gaji pemain sehingga 3 bulan yang digembar-gembur sebelum ini di laman sosial juga adalah tidak benar dan dilihat sengaja diadakan untuk menampakkan kekurangan pasukan dan pengurusan pasukan TFC. Walaupun begitu kesemua pemain dan jurulatih tidak mengambil berita ini sebagai satu alasan berkenaan prestasi semasa pasukan kerana mereka masih ada perkara yang lebih penting untuk mereka buktikan di medan perlawanan Sabtu ini.

Perlawanan Sabtu ini semestinya sekali lagi SSINS akan dipenuhi ribuan penyokong pasukan TFC dan dilihat perlawanan ini adalah merupakan medan untuk pasukan membalas kepercayaan penyokong setia TFC. Rekod pertemuan dalam saingan Liga Super tahun lepas dilihat berpihak kepada pasukan TFC yang memenangi kedua-dua perlawanan menentang Melaka namun harus diingat tahun ini Melaka United turun dengan skuad berbeza. Diharapkan kita mampu untuk mendapatkan kemenangan pertama di SSINS.