SAINGAN SHOPEE PIALA FA 2019 BAKAL BERMULA DI SSINS

Permohonan Terengganu Football Club (TFC) untuk membuat penukaran venue perlawanan bagi saingan Shopee Piala FA 2019 telah diluluskan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) semalam. Perlawanan diantara pasukan TFC menentang Ultimate FC yang akan dilangsungkan pada 2 April 2019 ini pada asalnya akan dimainkan di Padang Pulapol namun pihak TFC telah membuat permohonan untuk bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu dengan persetujuan bersama pihak Ultimate FC.

Saingan Piala FA pada kali ini lebih unik dengan penglibatan beberapa pasukan dari liga sosial dan liga amatur yang turut bersaing dalam misi memburu kejuaraan piala ini. Semestinya kita perlu sentiasa bersedia walaupun pasukan lawan bukan pasukan yang beraksi di liga tertinggi negara namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan semestinya pasukan TFC akan memberikan tumpuan penuh bagi perlawanan ini kerana Piala FA adalah salah sebuah kejuaraan yang kita ingin buru bagi melayakkan kita untuk beraksi lebih jauh terutama di peringkat Asia.

Dengan penukaran venue perlawanan ini ianya turut memberi peluang buat penyokong-penyokong untuk turun ke stadium bagi menghangatkan lagi perlawanan ini dan semestinya kita inginkan kemenangan dalam perlawanan pertama ini bagi memberikan semangat dan membina momentum yang baik bagi pasukan TFC.

Leave a Reply