ELVIS KAMSOBA SAH SERTAI TERENGGANU FC BAGI MUSIM 2026/2027

Terengganu Football Club (Terengganu FC) dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pemain import baharu, Elvis Kamsoba, yang bakal memperkuatkan skuad dibawah kendalian Nafuzi Zain bagi menghadapi saingan musim 2026/2027.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Burundi itu beraksi di posisi sayap dan sebelum ini bersama Imigresen FC. Elvis telah menandatangani kontrak selama satu musim bersama Terengganu FC dan dijangka menjadi antara pilihan utama dalam memperkukuhkan jentera serangan buat pasukan Terengganu FC

Mengulas mengenai penghijrahannya ke Terengganu FC, Elvis menyatakan rasa gembira kerana diberikan peluang menyarung jersiTerengganu FC dan turut berazam untuk memberikan komitmen sepenuhnya, bekerja keras dalam setiap sesi latihan dan perlawanan, serta berharap dapat memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan sepanjang musim ini.

Seluruh warga Terengganu FC mengalu-alukan kehadiran Elvis Kamsoba ke dalam keluarga besar Terengganu FCS dan mendoakan agar beliau berjaya membantu pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan bagi musim 2026/2027.