TERENGGANU FC PERKUKUH BAHAGIAN TENGAH DENGAN KEHADIRAN AHMAD HAZIQ KUTTY

Terengganu Football Club (Terengganu FC) terus memperkukuhkan persiapan menghadapi musim 2026/2027 dengan mengesahkan penyertaan pemain tengah muda tempatan, Ahmad Haziq bin Kutty Abba, ke dalam skuad Terengganu FC

Pemain berusia 22 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu menyertai Terengganu FC selepas menamatkan khidmat bersama Penang FC. Beliau mengikat kontrak selama satu musim bersama Terengganu FC bermula 1 Julai 2026 hingga 31 Mei 2027.
Ahmad Haziq turut memiliki pengalaman di pentas antarabangsa apabila pernah mewakili skuad kebangsaan Malaysia Bawah 23 Tahun. Kehadirannya dilihat mampu menambah pilihan berkualiti serta meningkatkan persaingan sihat di bahagian tengah pasukan menjelang musim baharu.

Di bawah kendalian Ketua Jurulatih Nafuzi Zain, Ahmad Haziq bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras dalam setiap sesi latihan serta perlawanan demi membantu Terengganu FC mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Seluruh warga Terengganu Football Club mengalu-alukan kehadiran Ahmad Haziq ke keluarga Sang Penyu dan mendoakan agar beliau terus cemerlang serta memberikan impak positif sepanjang bersama pasukan.