Ulasan Perlawanan Kuching City FC Melawan Terengganu FC

Aksi suku akhir kedua Piala FA 2025/2026 mempertemukan pasukan tuan rumah, Kuching City FC, menentang Terengganu FC pada malam ini di Stadium Negeri, Kuching.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan, menyatakan keyakinan dan harapan tinggi terhadap barisan pemainnya untuk memberikan persembahan terbaik serta berpesan agar terus kekal fokus sepanjang perlawanan. Beberapa perubahan dilakukan dalam kesebelasan utama bagi menghadapi cabaran pasukan tuan rumah, yang membawa bekalan empat jaringan berbanding satu jaringan dimiliki Terengganu FC pada aksi pertama sebelum ini.

Sepak mula menyaksikan kedua-dua pasukan tampil agresif memburu jaringan awal. Terengganu FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Careca pada minit ke-11. Namun, Kuching City FC berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ronald Ngah pada minit ke-31. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Kuching City FC 1–1 Terengganu FC (Aggregat 4–2).

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah terus memberi tekanan kepada kubu pertahanan Terengganu FC, namun jaringan oleh Ramdhan dibatalkan oleh pengadil. Terengganu FC turut memiliki beberapa peluang termasuk jaringan Akhyar Rashid yang turut tidak dikira selepas dikesan ofsaid.

Tujuh minit masa tambahan diberikan oleh pengadil dimanfaatkan sebaiknya oleh Terengganu FC apabila Careca sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit akhir permainan, menjadikan keputusan penuh Kuching City FC 1–2 Terengganu FC.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut menyaksikan Kuching City FC mara ke saingan Separuh Akhir Piala FA 2025/2026 dengan agregat 5–3 ke atas Terengganu FC.