FOKUS PASUKAN UNTUK AKSI MENENTANG NEGERI SEMBILAN FC DI PAROI
Menjelang aksi Liga Super Malaysia 2025/2026 menentang Negeri Sembilan FC, Ketua Jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan, menegaskan bahawa pasukan akan terus kekal fokus dalam misi memburu tiga mata penuh.
Menurut beliau, pasukan Negeri Sembilan FC bukanlah lawan yang mudah untuk dihadapi, lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang lawan. “Kita tahu pasukan tuan rumah mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan pasukan yang boleh dipandang rendah. Namun, kami akan tetap berusaha memberikan aksi terbaik demi membawa pulang tiga mata.
Walaupun TFC kehilangan dua pemain utama penyerang utama Yann Mabella serta pertahanan Safwan Mazlan bagi perlawanan ini, pasukan Terengganu FC tetap optimis bahawa barisan pemain yang lain sudah bersiap sedia untuk menggalas tugas dengan baik.
Persiapan pasukan kini berada pada tahap terbaik, dan keseluruhan pemain bersedia untuk turun memberikan komitmen 100% menjelang pertembungan menentang pasukan Negeri Sembilan FC di Stadium Bandaraya Tunku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu ini.