MASIH ADA 90 MINIT UNTUK DIPERJUANGKAN

Terengganu FC kini memberi tumpuan sepenuhnya menjelang aksi timbal balik menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, esok dalam saingan suku akhir kedua Piala FA 2025/2026.

Walaupun tewas 1-4 pada perlawanan pertama, pasukan kekal fokus dan bersemangat tinggi untuk bangkit serta memperbaiki persembahan dalam baki 90 minit terakhir, yang masih terbuka untuk diperjuangkan.

Ketua Jurulatih, Badrul Afzan, menjelaskan bahawa persediaan pasukan berjalan dengan baik dan beberapa penyesuaian turut dilakukan dalam kesebelasan utama bagi memperkukuh taktikal pasukan menjelang perlawanan penting ini.

Turut menjadi suntikan semangat buat skuad Terengganu FC ialah kembalinya pemain Akhyar Rashid selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan, sekali gus menambah kekuatan dan kreativiti di bahagian serangan.

Semangat juang pasukan tetap tinggi, dan setiap pemain bertekad untuk memberikan komitmen sepenuhnya di atas padang bagi memastikan perjuangan ini tidak berakhir begitu sahaja.