AGIHAN JUALAN TIKET PERLAWANAN DENGAN HARGA PROMOSI DI SETIAP DAERAH
Terengganu FC bermula pada hari ini sudah mula mengagihkan tiket Perlawanan Suku Akhir Piala FA ke setiap entiti serta persatuan di setiap daerah negeri ini untuk jualan kepada penyokong yang berhampiran. Tiket ini akan dijual dengan harga promosi pembeli terawal dengan harga RM15.00 berbanding dengan harga sebenar tiket iaitu RM20.00. Harga tiket kanak-kanak kekal dengan harga RM10.00.
Promosi ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula hari ini, 12 Oktober 2025 sehingga 15 Oktober 2025. Harga tiket akan kembali kepada harga asal iaitu RM20.00 bermula pada 16 Oktober 2025. Jualan tiket secara atas talian juga akan diberikan harga promosi ini sepertimana tarikh yang dinyatakan.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket secara fizikal, berikut adalah kedai serta pihak yang menguruskan penjualan tiket disetiap daerah :
📍𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐮𝐬
TFC Direct, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, K.Nerus
📞016-4603410
📍𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Black & White Box, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu
📞014-8225254 / 011-32323333
📍𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠
RR Sports, Kampung Rusila, Marang
📞014-5344145
📍𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧
Berg, Jalan Yahya Ahmad, Dungun
📞013-3857710
📍𝐊𝐞𝐦𝐚𝐦𝐚𝐧
Dock Cafe, Stadium Mok Chili, Kemaman
📞016-9758846
📍𝐒𝐞𝐭𝐢𝐮
Pejabat PB Daerah Setiu, Perkedaian Majlis Daerah setiu, Bandar Pemaisuri, Setiu
📞017-9213172
📍𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭
Booth Jualan, Bersebelahan 7Eleven, Kota Putera Lodge, Besut
📞019-9388555
📍𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
G- Wang Enterprise, Kuala Berang
📞013-9191416