PERLAWANAN MENENTANG SONGKHLA FC AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI TFC PLAY

Sebelum ini Terengganu FC telah mengesahkan penyertaan setelah dijemput secara rasmi sebagai kelab dari Malaysia bagi Perlawanan Bola Sepak Amal Songkhla PAO 2025 anjuran Songkhla Provincial Administrative Organization (PAO) yang akan berlangsung di Stadium Tinsulanonda, Songkhla.

Bagi para penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan ini, sukacita kami maklumkan ianya akan disiarkan secara langsung di platform TFC Play dengan langganan serendah RM10.00. Perlawanan yang akan dilangsungkan pada 11 Oktober 2025 dijangka bakal jadi perlawanan tumpuan penonton dalam kejohanan ini kerana ianya melibatkan dua kelab dari dua negara berbeza.

Bagi pihak Terengganu FC, penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan berprestij ini. Penyertaan ini bukan sahaja menjadi medan memperkukuh semangat kesukanan dan kerjasama serantau, malah turut menyokong matlamat bersama dalam menggalakkan penglibatan belia serta kesejahteraan masyarakat melalui sukan.

Terengganu FC amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini dan berharap agar perlawanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua kelab serta komuniti sukan di rantau ini.