TFC MENGESAHKAN TEMPAT UNTUK BERAKSI DI PIALA AFC 2021

Pasukan Terengganu Football Club (TFC)  kini secara rasmi bakal beraksi di kejohanan Piala AFC tahun 2021 setelah ianya diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) pada petang tadi. TFC secara rasmi mendapat slot ke kejohanan ini setelah saingan TM Piala Malaysia dibatalkan dan slot ini diberikan kepada pasukan yang mendudukit tempat ke-3 saingan CIMB Liga Super Malaysia.

Ianya adalah satu pencapaian yang membanggakan apabila berjaya menempatkan diri di sebuah kejohanan antara yang tertinggi di Asia malah dunia dan semestinya kesempatan ini perlu digunakan sebaiknya oleh TFC bagi mempersiapkan pasukan untuk kempen musim hadapan yang dijangka lebih mencabar.

Ini merupakan kali ke-2 pasukan Terengganu berjaya beraksi di pentas Asia setelah kali terakhir berjaya beraksi di Piala AFC pada tahun 2012. Semestinya kredit harus diberikan untuk para pemain dan pegawai pasukan TFC yang telah berusaha untuk menempatkan pasukan di tempat terbaik liga dan tidak lupa buat kesemua penyokong yang tidak pernah penat memberikan sokongan untuk memastikan pasukan mereka mampu berada di pentas yang lebih tinggi.

Tahniah diucapkan kepada kesemua yang telah berusaha keras memastikan kita beraksi di pentas Asia pada tahun hadapan.

Leave a Reply