“KEJAYAAN KITA ATAS USAHA SEMUA PIHAK”

Ketua Jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain menyifatkan pembatalan saingan TM Piala Malaysia memberikan impak negatif dan positif buat pasukan TFC khususnya. Menurut Nafuzi, tidak dinafikan, mana-mana pasukan yang telah layak ke peringkat seterusnya dalam saingan ini akan merasa terkilan kerana peluang pemburuan kejuaraan masih terbuka. Namun jika dilihatkan tindakan ini bagi kepentingan semua pihak, kita perlu akur dan memastikan segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti dipatuhi.
Menurut Nafuzi lagi, Satu impak positif buat TFC dapat dilihat apabila pembatalan saingan TM Piala Malaysia ini adalah ianya telah melayakkan kita secara ‘automatik’ ke kejohanan Piala AFC 2021 dan ia merupakan satu peluang dan cabaran yang harus kita sahut. Beliau juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih buat pihak Malaysia Football League (MFL) yang pantas menetapkan keputusan dan ini memberikan kita masa yang cukup untuk membuat persediaan awal bagi musim 2021 termasuk persediaan untuk beraksi di pentas Asia.
Berhubung dengan penglibatan pasukan Terengganu di kejohanan Piala AFC ini, Nafuzi menyiafatkan ianya bukan sesuatu yang baru buat bola sepak Terengganu kerana kita sudah pernah beraksi di kejohanan ini pada tahun 2012 dimana pada ketika itu pasukan ini dibimbing oleh ‘sifu’ beliau sendiri iaitu Haji Irfan Bakti. Penyertaan pada tahun hadapan akan menjadi penyertaan kali ke-2 pasukan dari Terengganu di kejohanan ini dan bagi beliau, ianya merupakan tanggungjawab besar bagi seorang jurulatih yang masih baru sepertinya. Walaubagaimanapun beliau tetap yakin untuk memikul tanggungjawab tersebut dan menyatakan beliau amat yakin para pemain beliau mampu untuk membawa sesuatu yang berbeza bukan sahaja di Liga Malaysia, malah apabila beraksi di pentas Asia.
Nafuzi merupakan Ketua Jurulatih ke-2 yang berjaya membawa Terengganu ke pentas Asia selepas Irfan Bakti pada tahun 2012

Leave a Reply