PASUKAN TERENGGANU FC DIUNDI BERTEMU PASUKAN PJ CITY FC BAGI SAINGAN TM PIALA MALAYSIA 2020

Pasukan Terengganu Football Club (TFC) bakal memulakan kempen TM Piala Malaysia pada musim ini menentang pasukan PJ City FC yang dijangka akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain pada ketika ini sedang melakukan persediaan rapi dalam misi untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia yang pada kali terakhir dimenangi Terengganu pada tahun 2001. Ianya juga merupakan satu pertandingan yang menawarkan slot untuk beraksi di pentas Asia dan semestinya kesemua pasukan yang bertanding ingin memburu kejuaraan dalam saingan ini.

Diharapkan kita dapat melihat pasukan TFC melangkau jauh dalam saingan ini sekaligus berjaya mendapatkan kejuaraan secara keseluruhan.

Leave a Reply