๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐
Terengganu Football Club (Terengganu FC) terus memperkukuhkan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027 dengan mengesahkan kehadiran penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, yang telah menandatangani kontrak selama satu musim bersama pasukan.
Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan kelab dalam memperkasakan barisan pemain dengan gabungan pengalaman, kualiti serta karakter yang mampu memberikan impak positif di atas padang. Sebagai antara penyerang yang berpengalaman dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa, Romel dijangka menjadi aset penting dalam memperkukuhkan jentera serangan Terengganu FC, sekali gus membantu pasukan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan sepanjang musim ini.
Seluruh warga Terengganu FC mengalu-alukan kehadiran Romel Morales ke dalam keluarga Terengganu FC dan mendoakan agar beliau dapat memberikan sumbangan terbaik demi kejayaan pasukan sepanjang musim 2026/2027.