News
STATUS KECEDERAAN AKHYAR RASHID
Pihak pengurusan Terengganu FC ingin memaklumkan bahawa pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid telah mengalami kecederaan kepatahan tulang selangka di bahagian kanan selepas menjalani pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan kelab.
Berdasarkan penilaian awal pihak perubatan, tempoh pemulihan bagi kecederaan tersebut dianggarkan mengambil masa sekitar empat hingga enam minggu sebelum beliau dapat kembali menjalani latihan dan menyertai pasukan seperti biasa.
Pihak pengurusan, barisan kejurulatihan serta seluruh warga kelab mendoakan agar Akhyar diberikan kekuatan dan dipermudahkan proses pemulihan. Kami berharap beliau dapat kembali pulih sepenuhnya serta bersama semula pasukan dalam masa terdekat.