STATUS KECEDERAAN SYED NASRULHAQ

Penjaga gol Terengganu FC, Syed Nasrulhaq, telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC sebentar tadi dalam aksi Liga Super Malaysia.

Beliau kini sedang menjalani imbasan CT-scan bagi mengenal pasti tahap kecedaraan sebenar. Syed Nasrulhaq juga dijadualkan menjalani prosedur jahitan pada malam ini, berdasarkan penilaian pasukan perubatan.

Sama-sama kita mendoakan agar Syed Nasrulhaq diberikan kesembuhan segera dan kembali pulih sepenuhnya.


Syed sempat menyaksikan sambungan aksi rakan-rakan sepasukan secara live.