AKHYAR DALAM PROSES JALANI RAWATAN SUSULAN KECEDERAAN BUKU LALI

Pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rasid, kini sedang menjalani rawatan susulan selepas mengalami kecederaan pada buku lali kanan.

Buat masa ini, Akhyar berada dalam fasa dua minggu pertama rawatan konservatif sebelum memasuki proses pemulihan seterusnya yang merangkumi sesi rehab dan conditioning.

Tempoh anggaran untuk beliau kembali beraksi adalah sekitar minimum empat (4) minggu, bergantung kepada perkembangan semasa.

Kami di Terengganu FC sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Akhyar sepanjang proses pemulihan ini. Marilah kita semua, penyokong Terengganu FC, sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali memperkuatkan pasukan di atas padang.