STATISTIK CEMERLANG YANN JADI RUJUKAN UTAMA TERENGGANU FC

Terengganu FC pada hari ini menandatangani seorang lagi pemain penyerang dari Perancis, iaitu Yann  Kévin  Mabella. Pemain berusia 29 tahun ini sebelum ini beraksi bersama pasukan Racing FC Union Luxembourg dan beraksi cemerlang dengan menjaringkan 22 gol dalam 29 penampilan bersama kelab itu pada musim lepas. Yann juga adalah antara watak penting pasukan dimana mengikut rekod beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan kelayakan Europa Conference League dan membantu pasukan menang Piala Luxembourg 2022

Dengan memiliki ketinggian kira-kira 1.83m, Yann bakal menjadi taruhan untuk Terengganu FC di bahagian serangan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026, Pemain ini juga boleh berperanan sebagai pemain sayap kiri atau kanan pasukan memberikan banyak pilihan untuk ketua jurulatih merencana taktikal serangan pasukan.

Yann juga mewakili skuad kebangsaan Congo dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa termasuk dalam perlawanan kelayakan Africa Cup. Yann bakal memakai jersi nombor 11 sekaligus melengkapkan 2 orang penyerang import Terengganu FC bagi musim baru. Yann telah menandatangani kontrak bersama Terengganu FC untuk 1 musim.