Ulasan Perlawanan: Sabah FC vs Terengganu FC

Pertembungan aksi Liga Super Malaysia di antara pasukan Terengganu FC bertemu dengan Sabah FC yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu dimana pasukan Sabah berada di tangga kedua liga. Jurulatih TFC, Nafuzi Zain terpaksa mengambil tindakan dengan merehatkan beberapa tonggak utama kerana mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada aksi malam ini.

Sepak mula menunjukkan pasukan Sabah FC lebih aggressive berbanding pasukan Terengganu apabila tandukkan bahaya Stuart John tersasar pada minit ke 4. Namum Pasukan Sabah FC terpaksa mengeluarkan pemain pertahanan, Jackson De Souza apabila mengalami kecederaan. Dua minit masa tambahan diberi pengadil perlawanan memberi peluang kepada pasukan Terengganu FC apabila hantaran Petrus Shitembi kepada Manuel OTT berjaya menjaringkan gol pertama untuk mengatasi pasukan Sabah dengan jaringan 1-0.

Pada babak separuh masa kedua Terenganu FC membuat 3 pertukaran dengan membawa masuk Muhammad Zuasyraff dan mengeluarkan Faiz Nasir dan sekaligus mengeluarkan Nik Syarif dan Manuel OTT bagi mengantikan Hakimi Abdullah dan Nur Shakir.

Peluang bagi pasukan Sabah FC pada minit ke 70 apabila sepakan penjuru ditanduk oleh Taesu Park memberi penyamaan dengan jaringan 1-1. Pasukan tuan rumah terus memberi tekanan kepada pasukan Terengganu FC apabila sepakan percuma yang diambil oleh Badrol Baktiar berjaya memberi kemenangan bagi Pasukan tuan rumah dengan tandukan kedua oleh Taesu Park menjadikan kedudukan 2-1, dan kembali memihak kepada tuan rumah

Leave a Reply