DARREN BAKAL MEMBERIKAN PILIHAN BUAT NAFUZI ZAIN DALAM VARIASIKAN JENTERA SERANGAN TFC

Pasukan Terengganu Football Club (TFC) hari ini telah menandatangani kontrak pemain baharu iaituDarren Lok Yee Deng untuk bersama pasukan TFC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020. Darren Lok pernah mewakili Kelab Eastbourne Borough di England sebelum menyertai Johor darul Takzim  II (JDT II) pada 2016, Johor Darul Takzim 2017-2018 dan kembali semula ke JDT II pada 2019. Beliau juga turut menjuarai Malaysia Cup (2017), Liga Super (2017 & 2018) bersama pasukan JDT dan menjuarai Challenge Cup (2019) bersama JDT II. Beliau seterusnya membuat keputusan menyertai TFC bagi mengharungi Liga Super 2020. Darren Lok pernah mewakili pasukan kebangsaan pada Piala Suzuki 2016 dan kali terakhir membuat penampilan bersama skuad Malaysia pada 2018.

Darren  hadir selaku pemain tempatan TFC bermain diposisi penyerang dan ini memberikan variasi pemilihan pemain di bahagian serangan buat pengendali pasukan TFC, Nafuzi Zain. Menurut Nafuzi, Setelah seminggu Darren Lok menjalani latihan bersama TFC,  beliau berpuashati dengan prestasi Darren dan memutuskan untuk mendapatkan khidmat Darren bagi mengharungi Liga Super 2020. Darren pernah mewakili kelab Eastbourne Borough England, bersama JDT & JDT II selain pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan boleh membantu pasukan TFC terutamanya posisi serangan agar lebih mantap.

Menurut Darren pula beliau sangat gembira kerana kini beliau sudah melangkah ke arah lebih positif untuk memastikan karier beliau bertambah baik disamping mendapat cabaran baru dengan pasukan baru, Beliau juga menyatakan amat berterima kasih buat majikan lamanya Johor Darul Takzim kerana telah memberikannya peluang untuk beraksi bersama pasukan Johor untuk beberapa tahun dan mendapatkan pengalaman yang sangat menakjubkan disana. Menurut Darren semestinya beliau telah meneliti pasukan yang akan beliau sertai dan beliau melihatkan TFC adalah sebuah pasukan yang profesional dan beliau merasakan ini adalah langkah dan masa yang sesuai untuk cabaran baru bersama pasukan baru. Beliau menyatakan juga beliau sangat senang apabila telah sah menjadi pemain TFC dan ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh TFC dan baginya inilah peluang baginya untuk meningkatkan prestasinya dan paling utama untuk membantu pasukan ini mengejar kejuaraan. Penyerang baru pasukan TFC ini akan memakai jersi bernombor 14.

 

 

Leave a Reply