STATUS INTERNATIONAL TRANSFER CERTIFICATE (ITC) LUIS GUSTAVO FRANCISCO CAMILO DAN PENJELASAN

FIFA akhirnya memberi maklum balas menolak permohonan perpindahan yang dilakukan apabila tidak membenarkan ITC dikeluarkan kepada pemain Luis Gustavo untuk beraksi di Liga Malaysia. Pihak TFC menerima jawapan daripada pihak FAM setelah FIFA memberikan maklum balas.

Dalam kenyataan lepas sememangnya selepas dua (2) perlawanan Liga Super TFC masih belum menerima jawapan sama ada dibenarkan ITC atau sebaliknya. Walaubagaimanapun, untuk mengimbangi pasukan, TFC telah mengunakan kelebihan sistem Feeder Team dengan mendaftarkan Dechi Marcel di posisi “Midfield Defensive” dan ianya tampak berkesan apabila berjaya mengutip 1 mata. Walaubagaimanapun, ketika bertemu Perak FA Dechi Marcel dilayangkan kad merah.

Kronologi ringkas, sebelum tarikh pendaftaran kedua ditutup pada29 Mei 2019, pihak TFC telah membuat keputusan untuk menggantikan dua (2) orang pemain iaitu Chanthatheary Bin dan Igor Zonjic dan ianya telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Negeri yang bersidang pada 28 Mei 2019 iaitu 1 hari sebelum tarikh pendaftaran ditutup. Keputusan menukar pemain setelah Mohd Nafuzi Zain diberi tanggungjawab sebagai “Caretaker” pada 15 Mei 2019 lalu bagi menggalas  tanggungjawab sementara setelah Haji Irfan Bakti Abu Salim meletakan jawatan pada 14 Mei 2019 berkuatkuasa serta merta.

Walaubagaimanapun, penggantian Chanthatheary Bin terpaksa dikekalkan semula apabila pemain yang ingin diambil tidak berjaya diuruskan perpindahannya secara pinjaman iaitu Sunsern Limwatthana pemain muda dari Trak FC Thailand League. Ianya kerana disaat akhir Presiden kelab tersebut tidak bersetuju dengan yuran perpindahan yang dinyatakan sebelum ini dan menaikkan harga yuran perpindahan yang membebankan TFC setelah semua dokumen telah dipersiapkan.

Penggantian Igor Zonjic pula berpunca dari prestasi kurang konsisten yang dipamerkannya musim ini. Menyedari tempoh masa pendaftaran hanya 1 hari lagi, pihak TFC telah berusaha keras menyiapkan segala dokumen perpindahan Luis Gustavo seperti perjanjian pinjaman, kontrak pemain, urusan pengangkutan dan lain-lain bagi membolehkan pemain tersebut didaftarkan.

Dokumen yang diperlukan akhirnya disempurnakan pada sebelah petang 29 Mei 2019 iaitu hari terakhir pendaftaran. Proses permohonan ITC terus dilakukan melalui sistem FIFA TMS dan dalam masa yang sama juga pendaftaran ke Malaysia Football League (MFL) melalui Mypass telah dilakukan dan hanya bukti proses permohonan ITC dimuatnaik sementara ITC diperolehi. Kelab Feroviaria FC juga bertungkus lumus menguruskan segala dokumen yang diperlukan walaupun mereka masih di dalam persiapan mengharungi perlawanan Liga Brazil Divisyen D bertemu Maringa FC pada 26 Mei 2019 dan Luis Gustavo masih di dalam perancangan disenaraikan.

Untuk makluman, permohonan ITC adalah melaluiTransfer Macthing System (TMS) dan ianya sistem yang digunakan di seluruh dunia dalam melakukan perpindahan pemain antara Negara. Ianya dipantau dan disemak oleh FAM bagi perpindahan yang dibuat oleh kelab di dalam Liga Malaysia sebelum diluluskan oleh FIFA. Pihak TFC dan Feroviaria FC telah berjaya melengkapkan permohonan “Release & Enggage” pemain secara pinjaman beberapa minit sebelum sistem ditutup. Proses antara kedua-dua kelab sempurna, walaubagaimanapun Pengurus TMS FAM tidak sempat untuk membuat permohonan setelah 30 saat sistem ditutup akibat kesuntukan masa. Oleh yang demikian, permohonan secara manual dilakukan dan diajukan oleh FAM mewakili TFC kepada Jawatankuasa Perpindahandan Status Pemain FIFA.

Dukacitanya dimaklumkan setelah permohonan rayuan dilakukan oleh FAM pihak FIFA tidak membenarkan ITC dikeluarkan disebabkan kedua-dua kelab tidak memasukan salah satu item diperlukan di dalam TMS dan membuat permohonan diluar tempoh waktu diberikan. Walaupun kedua-dua kelab telah “Macthing” dan bersetuju berdasarkan terma syarat perpindahan, namun keputusannya adalah ditangan FIFA sebagai badan induk mengawal aktiviti Bolasepak dunia. Keputusan pada 7 Jun 2019 diterima melalui FAM dan dipanjangkan kepada TFC beberapa hari selepas itu.

Setelah pihak TFC mendapat mendapat jawapan, dinasihatkan oleh FAM untuk membuat rayuan ke-2 secara lebih terperinci kerana diteliti ada ruang dan peluang kemungkinan untuk diluluskan. Dalam soal ini pihak FAM banyak memberi bantuan dalam urusan perpindahan pemain asing. Hampir dua minggu menunggu keputusan akhirnya pihaj TFC menerima jawapan FIFA yang tetap menolak permohonan rayuan ke-2.

Walaubagaimanapun, TFC telah mengambil langkah drastiksebelum ini dengan menggunakan kelebihan sistem Feeder Team apabila bertemu Melaka United dan Perak FA tempoh hari. Dechi Marcel diposisi “Midfield” menjadi pilihan Mohd Nafuzi Zain kerana melihatkan barisan pertahanannya cukup ampuh ketikabertemu Felda United seri 1-1 dan Selangor FA menang 1-0. TFC pada masa itu juga boleh memilih untuk menggunakan Serhii Andrieievdi posisi pertahanan. Pasukan TFC tetap akan dipersiapkan dengan barisan terkuat ketika turun bertemu dengan mana-mana pasukan di saingan Liga Super.

Setelah kata putus FIFA diperolehi beberapa hari lepas, TFC di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Zain serta pihak pengurusan telah berbincang mengambil pendekatan terbaik memantapkan pasukan dengan menggunakan kelebihan Feeder Team.

Antara perancangannya mendaftarkan Dechi Marcel ataupun SerhiAndrieiev di mana-mana posisi diperlukan dalam memperkuatkan pasukan serta mencukupkan kouta pemain asing iaitu 3 + 1 + 1. Oleh yang demikian, TFC akan tetap bermain 5 orang pemain asing.

Bertemu Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019, TFC terpaksa bermain dengan 4 orang pemain asing disebabkan Dechi Marcel telah menerima kad merah dan digantung automatik 1 perlawanan. Soalnya tidak timbul kerugian kepada pasukan TFC kerana ianya peraturan telah ditetapkan.

TFC juga turut membuat permohonan khas kepada Malaysia Football League (MFL) beberapa hari selepas keputusan FIFA agar MFL mempertimbangkan pendaftaran khas kepada TFC untuk membolehkan pemain yang telah mempunyai ITC di Malaysia didaftarkan. Permohonan ini dibuat oleh kerana FIFA telah membuat keputusan dan dilihat adalah wajar permohonan ini dipertimbangkan walaupun jendela perpindahan telah ditutup pada 29 Mei 2019 yang lalu. Ianya merupakan kes terpencil dan semua pihak sememangnya tidak inginkan perkara ini berlaku. Jika diluluskan TFC melalui Mohd Nafuzi Zain telah mempunyai calon yang bersesuaian mengalas tanggungjawab itu.

Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya menyalahkan FIFA atau FAM. Kerana kedua-duanya mempunyai cara dan peraturannya tersendiri terutamanya FIFA. FAM sememangnya bertungkus lumus membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Sebelum ini juga FAM telah banyak membantu TFC sejak 2011 ketika khidmat pemain asing dibenarkan di Liga Malaysia tanpa sebarang masalah bagi berpuluh-puluh pemain asing dalam perpindahan pemain antara Negara.

Pihak TFC memohon maaf kepada semua penyokong dan pihak terlibat di atas kerumitan ini. Pastinya masalah ini tidak melemahkan semangat TFC dalam mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia serta mencapai sasaran yang diinginkan.

SETIAUSAHA AGUNG

PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU(PBSNT)

BERTARIKH : 25 JUN 2019

Comments (5)

  1. Rich skin starts with nature. CBD-infused https://www.cornbreadhemp.com/pages/store-locator skincare is fetching the belle out of sight not later than explosion thanks to its stalwart anti-inflammatory and antioxidant properties. It helps soothe redness, duel acne, and plan for deep hydration for the purpose susceptive skin. From serums to body butters, CBD works to up your complexion and rebuild your natural radiance. Give your film the botanical hike it deserves.

  2. KeithExino

    The CBD store – focus gummy offers a assortment of formats that fill someone’s needs other preferences, and each harmonious feels well executed. The unguent appears blameless and compatible, the packaging materials bear sturdy, and the design is unostentatious besides elegant. The products are foolproof to assemble and treks with, thanks to make fast lids and aphoristic sizing. Overall, the brand delivers a outstanding and carefully crafted sample without unrequired extras.

  3. Josephhauro

    The CBD amassment – https://www.tillmanstranquils.com/collections/cbd-gummies offers a variety of formats that fill someone’s needs different preferences, and each harmonious feels well executed. The oil appears clean and in conformance, the packaging materials discern durable, and the connivance is lucid till elegant. The products are foolproof to stock and treks with, thanks to secure lids and thick sizing. Inclusive, the kind delivers a proficient and carefully crafted sample without unnecessary extras.

  4. WillardMem

    The CBD aggregation – hybrid gummies offers a multifariousness of formats that fill someone’s needs different preferences, and each a certain feels intimately executed. The lubricant appears dry-clean and accordance, the packaging materials sensible of long-lasting, and the connivance is unostentatious until now elegant. The products are easy to assemble and travel with, thanks to secure lids and thick sizing. Overall, the kind delivers a outstanding and carefully crafted sample without dispensable extras.

  5. Travischoth

    The flavor options instead of these CBD gummies and Marijuana Beverage are impressive. Each wedge tastes health degree than overly counterfeit, and the feel is pleasantly chewy. The flagon seals tensely, which keeps them latest and easy as can be to cumulate fitting for longer periods.

Leave a Reply