KENYATAAN MEDIA TFC RASMI : ISU RENTETAN PRESTASI TIDAK KONSISTEN TFC

Susulan TFC diberi satu tamparan yang hebat dengan satu kekalahan yang teruk pada perlawanan menentang PJ City FC dalam suasana TFC telah memiliki kelebihan 3 gol di separuh masa pertama dan akhirnya menerima kekalahan 3-5. PBSNT telah mengadakan satu mesyuarat khas berkenaan prestasi TFC bagi menilai kelemahan yang sedang berlaku.

Sebelum ini juga TFC telah ditundukan Pahang 4-0 di Darul Makmur bagi saingan Piala FA dan secara agregatnya 5-2, TFC tersingkir dipusingan suku akhir. Pihak pengurusan secara drastik telah melakukan Mesyuarat Postmortem yang dihadiri oleh semua barisan kejurulatihan.

Mengakui keadaan semasa pasukan TFC yang tidak menentu dan konsisiten, Ketua Jurulatih di dalam mesyuarat khas telah memanjangkan permohonan perletakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih TFC serta merta. Pihak pengurusan pasukan juga telah mengambil kira semua aspek dan bersetuju serta menghormati keputusan nekad yang dibuat oleh Haji Irfan Bakti di atas prestasi buruk pasukan. Hasrat perletakan jawatan tersebut telah diluahkan dengan kerelaan hati dan hal ini akan dimuktamadkan melalui cara dan prosedur yang betul.

Bagi meneruskan bimbingan latihan pasukan, pihak pengurusan telah memberi mandat kepada Penolong Ketua Jurulatih Mohamad Nafuzi Zain untuk mengalas tugas-tugas Ketua Jurulatih sementara waktu yang kekosongan sehinggalah PBSNT menemui calon yang bersesuaian bagi meneruskan cabaran 9 perlawanan Liga Super dan saingan Piala Malaysia.

PBSNT juga menafikan sebarang tohmahan yang dilemparkan menyatakan bahawa aksi yang tidak menentu dan kekalahan memalukan berpunca dari kegagalan pembayaran gaji kepada pemain tidak benar sama sekali. Sebagaimana yang dimaklumkan, PBSNT menaungi TFC 1, TFC 2, TFC 3, TFC 4 dan TFC 5. Pembayaran gaji semuanya dalam tempoh 25 haribulan dan paling lewat 7 haribulan setiap bulan. Selain itu, bonus kemenangan yang dijanjikan bagi setiap perlawanan diuruskan dengan baik.

PBSNT amat mengharapkan agar pasukan TFC kembali bangkit dan cepat memposisikan kedudukan untuk mengharungi cabaran yang berbaki. Dengan keputusan pemilihan Mohamad Nafuzi Zain sebagai ‘caretaker’ atau pengendali sementara, diharap beliau mampu menjalankan tugas seterusnya membantu pasukan sebaik yang mungkin.

Manakala jasa Tuan Haji Irfan Bakti Abu Salim akan sentiasa dikenang kerana telah menyumbang bakti kepada bolasepak Terengganu dengan kejayaan-kejayaan sebelum ini. Pada tahun 2011 membawa Terengganu menjuarai Piala FA, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah. Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017 merangkul Naib Juara Liga Premier membawa pasukan ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia 2018. Seluruh keluarga besar bolasepak Terengganu tidak harus melupakanya.

Kepada seluruh peminat bolasepak Terengganu, sokongan amat diperlukan ketika ini untuk membawa pasukan kembali gah mengharungi saingan yang masih berbaki. Pemain ke-12 merupakan sebahagian nadi kejayaan sesebuah pasukan.

Sekian, terima kasih.
……………………………………
YM.Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil

Setiausaha Agung
PBSNT

15 Mei 2019

Comments (7)

  1. Job out disappoint’s clear the air: CBD is not “weed.” thc gummies for sleep While both sink in fare from the cannabis family, CBD is typically derived from industrial hemp containing less than 0.3% THC. This means it’s legitimate in tons regions and won’t well-spring intoxication. It’s forth health, not getting high. Each time look for “Third-Party Lab Tested” labels on your products to certify purity, safety, and transparency in every bottle.

  2. Don’t stop muscle soreness sluggish https://www.cornbreadhemp.com/pages/store-locator your progress. Athletes are turning to CBD topicals to hastiness up return after perfervid workouts. Its power to change swelling makes it an ideal appropriate in return targeting joint pain and hurtful muscles. Just eradicate affect a CBD balm into the affected area and perceive the cooling relief. Prevent in the tournament longer and redeem smarter with the power of hemp-derived extracts.

  3. The thc gummies for anxiety arrived spectacularly protected, with healthy wrapping and apprehensible instructions included. The whole shooting match was organized neatly inside of the chest, which мейд the unboxing happening filling and polished.

  4. open a binance account

    I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.

  5. Josephhauro

    The CBD aggregation – https://www.tillmanstranquils.com/products/mood-gummies offers a medley of formats that fill someone’s needs singular preferences, and each one feels well executed. The oil appears blameless and consistent, the packaging materials discern durable, and the design is simple yet elegant. The products are quiet to inventory and treks with, thanks to obvious lids and compressed sizing. Entire, the label delivers a proficient and carefully crafted sample without surplus extras.

  6. WillardMem

    The CBD aggregation – best cbd gummies for pain relief offers a multifariousness of formats that make appropriate other preferences, and each a certain feels well executed. The lubricant appears unsoiled and accordance, the packaging materials sensible of long-lasting, and the connivance is lucid till elegant. The products are quiet to stock and travel with, thanks to obvious lids and aphoristic sizing. Total, the brand delivers a impeccable and carefully crafted test without unrequired extras.

  7. 注册以获取100 USDT

    Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply