BERITA PASUKAN

“PAHANG ADALAH PASUKAN YANG LENGKAP” IRFAN BAKTI

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Haji Irfan Bakti menyifatkan pasukan Pahang FA pada musim ini adalah sebuah pasukan yang lengkap disamping pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Dengan kehadiran semula penyerang berbisa mereka, Dickson Nwakaeme semestinya memberi impak besar buat barisan serangan pasukan ini.

Pemain bintang dari Indonesia, Saddil Ramdani juga dilihat menjadi salah satu senjata baru buat pasukan ini yang dilihat berjaya membina gandingan serangan yang baik bersama Mamadou Sumareh dan Dickson.

Namun begitu, Irfan Bakti menyatakan beliau hadir ke Kuantan untuk memburu mata dan beliau telah menugaskan setiap pemainnya untuk bersedia dalam perlawanan malam ini. Dengan rekod baik pasukan Terengganu di Darul Makmur, semestinya Irfan ingin mengekalkan rekod ini untuk tahun ini. 

Kehadiran kembali Lee Andrew Tuck dan juga Syamim Yahaya ke dalam pasukan TFC semestinya menyuntik semangat buat skuad ini. Lee Tuck juga menyatakan kepada media beliau sudah tidak sabar untuk memulakan aksi pertamanya bersama TFC, kerana semasa menyaksikan aksi pertama TFC menentang PKNS FC beliau terasa sangat tidak sabar untuk bersama rakan sepasukannya namun disebabkan pegantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan akhri Piala Malaysia 2018.

Seorang pemain TFC yang terlepas perlawanan pertama, Syamim menyatakan beliau juga mengharapkan beliau dapat membantu TFC dalam misi mendapatkan mata menentang bekas pasukannya itu. Beliau menyatakan kesemua pemain sudah tahu tugasan masing-masing yang diberikan oleh ketua jurulatih dan beliau yakin, pasukan TFC mampu memburu mata di Darul Makmur.