Terengganu FC Terpaksa Akur Dengan Kekalahan 2-1 Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu FC bertemu pasukan Negeri Sembikan FC untuk aksi Liga Super Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dimana menunjukkan Tomislav merehatkan penyerang Jordan Mintah dan mengantikan pemain tengah Damagoj Pusic bagi pertemuan pada malam ini.

Wisel permulaan perlawanan pada malam ini menunjukkan peluang untuk Liridon lebih terbuka pada minit pertama apabila disia-siakan oleh beliau dan tersasar melewati palang gol. Seterusnya peluang terbaik buat Adisak Kraison pada minit ke-12 dengan lorongan cantik oleh Sonny Norde terpaksa menafikan peluang kedua buat pasukan Terengganu FC apabila tindakan cermelang penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan menepis keluar ke gawang gol. Pasukan tuan rumah cuba mengatur langkah bagi mendapatkan jaringan pertama apabila hantaran Herold Guolon berjaya memberikan peluang kepada Clement Madinda dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 dan menjadikan jaringan 1-0. Dua minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan membuatkan pasukan Terengganu FC bangkit dengan gol penyamaan apabila Adisak Kraison mudah untuk menjaringan gol pertama dan seri 1-1 pada separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC, membuat satu pertukaran dengan mengeluarkan Nik Sharif dan menggantikan Syafik Ismail bagi memperkemaskan bahagian Sayap. Kedua-kedua pasukan cuba mencari rentak untuk separuh masa kedua bagi mencari jaringan dan semestinya pasukan tuan rumah mempunyai peluang selepas kemasukan Sharel Fikri dan Tommy Mawat telah memberi impak kepada pasukan tuan rumah apabila jaringan gol kedua berjaya dijaringkan oleh Casangrande pada minit ke-67. Pasukan Terengganu FC cuba untuk bangkit untuk menyamakan kedudukan namum buntu dan menjadikan pasukan tuan rumah berjaya mendapatkan tiga mata di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Leave a Reply