SARDOV KULMATOV TANDATANGANI KONTRAK BERSAMA TERENGGANU FC 2023

Pemain pertahanan dari negara Uzbekistan, Sardor Kulmatov secara rasmi pada hari ini diumumkan sebagai pemain baharu pasukan Terengganu FC bagi musim 2023. Pemain berketinggian 1.85m ini menjadi pilihan utama pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbrucnker untuk ditempatkan di benteng pertahanan terakhir pasukan ini.

Pemain yang beraksi bersama pasukan Sogdiana FC di liga tertinggi Uzbekistan sebelum ini itu mempunyai pengalaman yang baik di pentas Asia dengan berjaya membantu pasukan itu melangkah jauh dalam saingan Piala AFC dan berjaya membawa pasukan itu sehingga peringkat separuh akhir pada musim lepas. Sardor menyatakan ini adalah kali pertama beliau beraksi di luar negaranya dan beliau ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan kualiti yang beliau ada kerana beliau tahu pasukan Terengganu FC adalah salah sebuah pasukan terbaik di Liga Malaysia dan pasukan ini mempunyai penyokong yang sangat ramai dan ini menambahkan lagi keterujaan beliau untuk mula beraksi bersama pasukan ini.

Kedatangan pemain berusia 28 tahun ini semestinya menambah keyakinan buat pasukan Terengganu FC untuk musim hadapan atas pengalaman beliau yang pernah beraksi di pentas Asia. Sardor dijangka bakal mula turun menjalani latihan bersama pasukan Terengganu FC bermula pada hari ini dibawah kendalian Penolong Jurulatih, Badrul Afzan Razali sebelum ketibaan Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner, Rabu ini.

Comments (5)

  1. Williamfew

    india online pharmacy https://indiaph24.store/# reputable indian online pharmacy
    buy medicines online in india

  2. FloydSlino

    mexican mail order pharmacies: mexican pharmacy – mexico pharmacy

  3. StephenAmuby

    mexican drugstore online: mexico pharmacy – mexican pharmaceuticals online

  4. Donaldnom

    purple pharmacy mexico price list
    https://cmqpharma.online/# medication from mexico pharmacy
    best online pharmacies in mexico

  5. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply