HAJI MOHD FADHIL WAHAB PENGURUS TERENGGANU FC 2022

Encik Haji Mohd Fadhil Wahab semalam secara rasmi telah menandatangani kontrak sebagai Pengurus Terengganu FC bagi musim 2022. Beliau yang hadir ke pejabat pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd sempat memberikan pandangan berkenaan tugasan yang akan digalasnya bersama pasukan untuk musim hadapan.

Beliau turut melafazkan rasa syukur di atas pelantikan ini dan melafazkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Terenganu Football Club Sdn Bhd, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan tak lupa juga kepada YB Wan Sukairi bin Abdullah  juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO Negeri Terengganu yang memberikan kepercayaan ini kepada beliau.

Haji mohd Fadhil menyatakan bahawa beliau menyedari tugasan yang dipikul adalah satu tugasan yang berat apabila perlu menguruskan pasukan utama dalam kelab bolasepak di negeri Terengganu ini, pasukan yang seperti yang kita tahu bukan hanya mempunyai puluhan ribu pengikut malah menghampiri jutaan peminat bolasepak dari dalam dan luar negeri ini. Ianya bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah namun saya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugasan ini akan menyahut cabaran ini dan saya akan terus belajar untuk menguruskan pasukan ini bukan sahaja untuk memastikan segala aturan pasukan berjalan baik, namun untuk memastikan kualiti pasukan ini meningkat kearah yang lebih baik bagi musim baru ini.

Ditanya berkenaan persiapan pasukan pada tahun 2022, Haji Mohd Fadhil menyatakan bahawa para pemain telah mula melapor diri  manakala beberapa orang  pemain import  akan melapor diri dalam masa yang terdekat. Beliau selaku pengurus akan bekerjasama bersama Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain akan memantau keadaan para pemain untuk menyediakan pasukan terbaik bagi menghadpai saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Justeru itu, beliau berkata sebagai pengurus pasukan, semestinya beliau ingin memastikan satu  sasaran dan target yang terbaik  untuk saingan Liga Malaysia sepertimana pada tahun 2021 kita Berjaya menduduki tempat ke 4 Liga Super, dan layak sehingga pusingan separuh akhir Piala Malaysia maka untuk tahun 2022 beliau menyatakan  akan menyasarkan sasaran yang realistic, lebih baik dan sekurang kurangnya dapat membawa pulang 1 kejuaraan ke negeri Terengganu.

Beliau juga turut ingin menyeru kepada semua penyokong-penyokong dan rakyat negeri  Terengganu, untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FC tidak kira sewaktu  menang ataupun kalah dan mengharapkan para pemain dapat memberi komitmen penuh bersama pasukan dan beliau sangat yakin barisan pemain pada kali ini adalah yang terbaik dalam misi pasukan untuk memburu kejuaraan.

Haji Mohd Fadhil Wahab rasmi Pengurus Terengganu FC 2022