PAPE DIAKITE PERKUATKAN BENTENG TERENGGANU FC
Papé Abdoulaye Diakité bakal memperkuatkan benteng pertahan Terengganu FC bagi saingan musim 2022 setelah menandatangani kontrak selama 1 tahun.
Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Dakar, Senegal ini mempunyai ketinggian 1.94m dan ia dilihatkan dapat membantu pasukan ini membentuk pertahanan yang lebih ampuh terutama dari aspek fizikal. Diakite yang sebelum ini pernah beraksi bersama 2 ‘pasukan gergasi’ liga utama Vietnam iaitu pasukan Ho Chi Min City dan Saigon FC dilihat mempunyai pengalaman yang sangat baik dalam saingan liga tertinggi di negara tersebut termasuk pengalaman dalam aksi Piala AFC.
Bagi pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, kehadiran pemain yang mempunyai kelebihan dari segi ketinggian ini dapat membantu pasukan ini menutup kekurangan pada musim lepas terutama melibatkan perebutan bola diudara. Beliau juga mengharapkan Diakite mampu menyesuaikan diri secepat mungkin dengan cara pasukan Terengganu FC bermain kerana saingan musim hadapan dijangka bakal lebih mencabar. Namun baginya melihat pada pengalaman pemain ini bersama pasukan lamanya, beliau melihatkan pemain ini mampu memberi impak yang besar buat pasukan ini.
Seperti yang kita tahu kehadirannya adalah bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pertahanan dari Filipina yang beraksi bersama Terengganu FC pada musim lepas iaitu Carli De Murga. Diakite bakal menyarung jersi bernombor 44 dan pemain pertahanan tengah ini mengharapkan kehadirannya dapat membantu pasukan ini memburu kejuaraan bagi saingan Liga Malaysia 2022.