ULASAN PERLAWANAN SELANGOR FC vs TERENGGANU FC

Perlawnanan ke-13 Liga Super Malaysia 2021 menyaksikan pasukan Terengganu FC menjadi tetamu kepada Selangor FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Pertemuan pada malam ini merupakan pertemuan pusingan kedua bagi kedua-dua pasukan di mana sebelum ini, pasukan Terengganu FC berjaya meraih 3 mata di Stadium Sultan Mizan dengan kemenangan 3-1 ke atas Selangor FC.

Berikut adalah kesebelasan utama pasukan Terengganu FC pada malam ini; Mohd Suhaimi Husin(GK), Mohd Faudzi, Carli De Murga(C), Azarul Nazareth, Hafizal Alias, Nasir Basharuddin, Dechi Marcel, Faisal Halim, Makan Konate, David Da Silva dan Hakimi Abdullah.

Terengganu FC melakukan sepak mula dan kedua-dua pasukan tampak terus mencari ruang untuk mendapatkan jaringan awal bagi. Peluang bagi pasukan Terengganu FC disia-siakan oleh David Da Silva apabila lorongan cantik daripada Hakimi Abdullah dinafikan oleh penjaga gol Selangor FC, Mohd Khairul Azlan. Bagi pasukan Selangor FC pula, mereka berjaya mendapatkan jaringan pertama melalui tandukan deras di hadapan gol, namun dibatalkan apabila disahkan offside oleh pengadil penjaga garisan.

Pada minit ke-33, Selangor FC berjaya meraih peluang keemasan kedua apabila mendapat hadiah sepakan penalti kesan daripada tolakan yang dilakukan oleh Nasir Basharuddin terhadap pemain Selangor FC. Sepakan yang diambil oleh penyerang Selangor FC, Ifedayo mudah diselamatkan penjaga gol Suhaimi Husin. 2 minit masa tambahan separuh masa pertama diberikan, namun permainan berakhir tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, sekali lagi Pasukan Selangor FC mendapat tendangan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan Terengganu FC. Kesilapan yang dilakukan oleh Ifadayo pada separuh masa pertama dapat ditebus apabila sepakan penalti keduanya berjaya membuahkan hasil. Selangor FC dihadapan dengan jaringan 1-0.

Seterusnya Pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Arif Fadzilah dan Shahrul Nizam apabila mengeluarkan Muhammad Faudzi dan Azarul Nazareth bagi mengukuhkan jentera pertahanannya. Pada minit ke-68 pasukan Terengganu FC terus memperkuatkan barisan pemainnya dengan membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Rahmat Makasuf dan Engku Nur Syakir dengan mengeluarkan dua pemain sayap Hakimi Abdullah dan Faisal Halim. Perubahan taktikal oleh Ketua Jurulatih Nafuzi Zain dilihat menjadi apabila penyerang Nur Syakir berjaya menghasilkan gol penyamaan dengan jaringan 1-1.

Pada Minit ke-85 Terengganu FC membuat pertukaran yang ke-5 apabila mengeluarkan Dechi Marcel dan digantikan dengan Nik Akif. Peluang yang terakhir bagi pasukan Terengganu FC apabila diberikan sepakan percuma. Dan mereka tidak mensia-siakan peluang apabila berhasil menewaskan penjaga gol Selangor FC, Khairulazhan melalui tandukkan dari sudut tepi oleh ketua pasukan, Carli De Murga.  Keadaaan semasa membuatkan pasukan pelawat mendahului perlawanan dengan jaringan 2-1. Tambahan masa 3 minit yang diberikan oleh pengadil perlawanan tidak mencukupi untuk Selangor FC mencari sesuatu bagi menyamakan jaringan. Perlawanan berkahir dengan kemenangan kepada Terengganu FC dua berbabalas satu.