RUMUSAN PERLAWANAN SRI PAHANG FC vs TERENGGANU FC

Perlawanan Terengganu FC menetang Sri Pahang FC pada malam ini yang berlangsung di Stadium Darul Makmur menjadikan antara perlawanan menarik apabila bekas ketua pasukan Terengganu FC, Lee Tuck yang sekarang ini menyarung jersi Sri Pahang FC kembali bertemu dengan pasukan lamanya manakala pemain Terengganu FC, Faisal Halim juga terdahulu telah menyarung jersi Sri Pahang FC FC selama lima musim.

Walaubagaimanapun ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan bahawa Lee Tuck tidak akan mampu membaca stratergi beliau, ini kerana dalam pasukan TFC ramai pemain baru dan sudah tentu corak permainan yang akan ditampilkan akan berbeza.

Wisel permulaan bagi Pasukan Terengganu FC pada minit ke 3 menyerang dengan lorongan lemah daripada Makan Konate kepada Jordan Mintah ditangkap mudah oleh penjaga gol Sri Pahang FC. Manakala peluang pasukan Sri Pahang FC, Lee tuck melakukan rembatan kencang tetapi ditepis oleh penjaga gol Terengganu, Suhaimi.

Peluang terbaik bagi pasukan Sri Pahang FC pada minit ke 17 apabila kesilapan yang dilakukan oleh pemain Terengganu FC disudahi dengan jaringan 1-0 oleh pemain kebangsaan, Mohd Norazam Abd Aziz. Walaubagaimanapun bagi pasukan Terengganu FC yang memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke 38 apabila Faisal Halim diterjah keras disia-siakan oleh ketua pasukan Charlie De Murga dengan tendangan tinggi melebihi palang.

Separuh masa kedua-kedua pasukan mempamerkan aksi garang apabila pasukan Terengganu FC terus menyerang bagi merapatkan jurang untuk mecari gol penyamaan. Sekali lagi pasukan Terengganu FC mendapat tendangan penalti pada minit ke 71 apabila bola tepat terkena tangan pemain pertahanan pasukan Sri Pahang FC dan disudahi oleh Pemain import Jordan Mintah dengan jaringan gol 1-1.

3 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil memaksa kedua-dua pasukan berkongsi mata dengan jaringan 1-1 di Stadium Darul Makmur.