JADUAL PERLAWANAN PADAT SUDAH KAMI JANGKA, KITA PERLU KEKAL FOKUS DALAM MISI MENDAPATKAN KEPUTUSAN POSITIF BAGI AKSI PEMBUKAAN LIGA- NAFUZI ZAIN

Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan jadual rasmi Liga Malaysia yang bakal membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah menemukan juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada 5 Mac 2021.

Menurut ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, beliau sudah menjangkakan jadual yang akan dikeluarkan oleh MFL adalah padat, oleh itu pasukan Terengganu FC sudah bersiap sedia, serta sudah merangkakan apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi liga pada musim yang padat ini.

Walaupun tempoh pra musim yang singkat dan hanya sempat mengaturkan beberapa perlawanan persahabatan ,bagi pasukan Terengganu FC dan sebagai Ketua Jurulatih Nafuzi Zain, ini bukanlah menjadi satu alasan bagi beliau kerana pasukan yang lain turut melalui perkara yang sama akibat kesan daripada wabak covid 19.

Walaubagaimanapun, menurut Pengurus pasukan Terengganu FC, Zulfadli Bin Rozi mengharapkan bagi pasukan TFC semestinya mengharungi perkara ini dengan baik dan memperolehi kemenangan yang pertama apabila Terengganu FC akan menentang UITM FC pada 6 Mac 2021 ( Sabtu ) yang akan berlangsung di Stadium UITM Shah Alam. Pencarian kemenangan ini adalah penting bagi Pasukan Terengganu FC untuk memastikan momentum pasukan untuk menghadapi baki perlawanan yang lain.

Menurutnya, Pasukan Terengganu FC mempunyai rekod perlawanan permulaan bagi musim sebelum ini, dimana kita hanya mampu mencatat 2 seri dan 1 kekalahan, jadi pada musim ini bagi Pasukan Terengganu FC, akan mengerah tenaga untuk mengumpul mata sebaiknya sebelum perlawanan berhenti pada 21 mac untuk memberi ruang kepada National Training Camp.