CARLI DE MURGA MEMPERKUKUHKAN BENTENG TFC 2021

Terengganu Football Club (TFC) hari ini mengumumkan kehadiran pemain import kedua daripada quota seramai 5 orang dengan mengikat pemain yang berasal dari Filipina dan berdarah kacukan Sepanyol, Carli de Murga.

Dengan ketinggian 1.8 meter sememangnya ciri fizikal yang diperlukan untuk bermain di posisi pertahanan tengah dan pemain ini turut memiliki corak permianan fizikal yang agak keras bersama kelab sebelum ini, Chonburi FC dan sentiasa menjadi pilihan dalam kesebelasan utama kelab tersebut. Ditanya berkenaan saingan liga di Malaysia berbanding liga Thailand, beliau menyatakan beliau melihatkan liga di Asia Tenggara tidak terlalu jauh jurang diantara negara ini dan beliau yakin dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan pasukan TFC.

Pernah bermain beberapa kali dalam kejohanan Piala AFC bersama kelab terdahulu, pengalaman yang dimiliki pemain berusia 32 tahun itu di peringkat kelab dan antarabangsa dilihat mampu untuk memimpin pemain muda di samping mudah untuk membentuk keserasian didalam pasukan. Bakal menyarung jersi nombor 6, kriteria penting yang diperlukan dalam skuad kendalian Nafuzi Zain ternyata dimiliki oleh Carli yang selesa dan tenang mengawal bola selain daripada kemampuan untuk memulakan serangan dari barisan pertahanan.

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak Carli De Murga

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak Carli De Murga

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak Carli De Murga

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak Carli De Murga