ADIK PRINT TANDATANGANI KONTRAK PENAJAAN TFC MUSIM 2020

Syarikat Adik Print & Stationery iaitu syarikat penaja perkhidmatan percetakan dan pembekal barangan kelengkapan korporat selesai menandatangani kontrak untuk terus setia menjadi penaja bagi Terengganu Football Club (TFC) bagi mengharungi musim 2020. Syarikat Adik Print telah menjadi rakan penaja buat pasukan TFC sejak awal penubuhan pasukan ini (2018) dan juga telah menjadi penaja pasukan Terengganu FA pada tahun sebelumnya. Syarikat ini beralamat di 1597 Kg Gong Gemia, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Adik Print bakal menaja perkhidmatan percetakan pada kelengkapan pakaian TFC bagi musim hadapan termasuk pada baju latihan dan perlawanan pasukan. Jika tahun lepas Adik Print telah mengeluarkan nameset jenis ‘AP Capristo’ dan dikatakan nameset ini menjadi kegilaan peminat-peminat bola sepak di Terengganu yang ingin menggunakannya pada jersi mereka,kini pengarah urusannya, Encik Wan Mohd Khaidzir Bin Wan Mohd menyatakan Adik Print juga bakal mengeluarkan ‘Nameset’ terbaru buat pasukan TFC bagi musim 2020 dan ianya akan digunakan oleh pasukan TFC bagi musim 2020.

Sesi tandatangani kontrak penajaan bersama TFC ini telah berlangsung di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut dihadiri oleh Encik  Khaidir sendiri dan pihak TFC diwakili oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT, Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain dan penolong pengurus pasukan TFC, Encik Zul Fadli bin Rozi. Adik Print menandatangani kontrak penajaan untuk satu musim ( 1 tahun ) bermula Januari 2020.

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak penajaan Adik Print & Stationery bagi musim 2020

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak penajaan Adik Print & Stationery bagi musim 2020

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak penajaan Adik Print & Stationery bagi musim 2020

Comments (2)

  1. Williamfew

    pharmacy website india http://indiaph24.store/# indian pharmacy
    reputable indian online pharmacy

  2. Hangs up the phone, gets up and starts to leave real cialis no generic

Leave a Reply