BABACAR DIALLO TONGGAK PERTAHANAN BARU TFC 2020

Babacar Diallo telah selesai menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Terengganu Football Club (TFC) bagi saingan Liga Malaysia 2020 yang akan bermula dijangka pada awal Februari tahun hadapan. Pemain yang berasal dari negara Senegal ini sebelum ini beraksi bersama pasukan KuPS FC iaitu salah sebuah pasukan yang beraksi di saingan liga utama di negara Finland iaitu Finland Premier League. Babacar bersama pasukan KuPS FC juga telah beraksi di pentas eropah iaitu Europa League bagi pusingan kelayakan dan Babacar juga muncul sebagai penjaring dalam saingan tersebut. Babacar yang lebih senang dikenali dengan nama Baba akan menyarung jersi bernombor 5.

Babacar dikenali sebagai pemain yang mempunyai sikap kepimpinan di bahagian pertahanan dijangka bakal menjadi watak penting dalam membantu skuad kendalian Nafuzi Zain membentuk pertahanan yang lebih kukuh bagi saingan musim hadapan yang dijangka bakal lebih mencabar. Baba hadir ke Malaysia dengan status yang agak baik jika menyaksikan aksinya di liga Finland dan diharapkan beliau mampu untuk meneruskan rentak seperti yang telah beliau lakukan disana.

Ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain yakin menyatakan tumpuannya bersama pasukan sekarang adalah untuk membina keserasian  antara pemain dalam membentuk pasukan yang boleh bermain dalam satu unit dan Baba adalah antara watak penting dalam proses baginya untuk memantapkan semua posisi pasukan. Pemain yang berketinggian 1.93 m ini dijangka bakal memulakan latihan  ringan bersama TFC pada petang ini.

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak BABACAR DIALLO 

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak BABACAR DIALLO 

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak BABACAR DIALLO 

Gambar sekita sesi tandatangani kontrak BABACAR DIALLO 

Leave a Reply