ATF SPORT TAPING KINI PEMBEKAL RASMI SPORT TAPING TERENGGANU FOOTBALL CLUB

Terengganu Football Club (TFC) dan syarikat ATF Sport Taping telah selesai menadatangani kontrak perjanjian untuk menjadikan ATF sebagai salah sebuah penaja pasukan TFC bagi saingan musim 2020. Kerjasama ini menjadikan ATF Sport Taping sebagai pembekal sport taping rasmi pasukan TFC. Syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini adalah pembekal sport taping bagi skuad ragbi Malaysia dan mereka melihatkan TFC antara pasukan bola sepak yang berpontensi dan semestinya ATF ingin menjadi salah sebuah entiti atau syarikat yang turut sama dapat menyumbang dan membantu pasukan ini dengan membekalkan produk yang mereka ada disamping mereka melihatkan TFC mempunyai cabang pemasaran yang baik.

Sesi tandatangani kontrak dihadiri oleh Pengarah Urusan ATF Sport Taping sendiri, iaitu Encik Mohd Azmir Zanul Abdin dan wakil dari pihak TFC dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain selaku Setiausaha Eksekutif persatuan ini.

ATF Sport Taping adalah pembekal tape yang dikhaskan untuk kegunaan sukan seperti rigid tape, kinesio tape, sport bandages, dan sebagainya dan merupakan sebuah jenama tempatan yang mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama-jenama dari luar negara. Pengarah Urusannya, Encik Mohd Azmir menyatakan beliau melihatkan pasukan TFC antara pasukan yang sangat berpotensi di dalam Liga Malaysia dan semestinya beliau ingin memastikan beliau mampu untuk memberikan sesuatu buat pasukan ini disamping beliau melihatkan TFC juga mampu memberi pulangan positif buat syarikatnya terutama dari segi pengiklanan dan juga pendedahan jenama mereka disetiap aset tajaan pasukan ini.

 

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak tajaan ATF Sport Taping

Gambar sekitar sesi tandatangani kontrak tajaan ATF Sport Taping

Comments (3)

  1. StephenAmuby

    mexico drug stores pharmacies: mexico pharmacy – mexico drug stores pharmacies

  2. Donaldnom

    medicine in mexico pharmacies
    http://cmqpharma.com/# mexican rx online
    mexican online pharmacies prescription drugs

  3. Josephine

    You really make it seem really easy together with your presentation however I in finding this matter to be really one thing which I think I might
    never understand. It seems too complex and extremely huge
    for me. I’m looking ahead for your next put up, I’ll attempt
    to get the dangle of it!

Leave a Reply