MANIS FM TANDATANGANI KONTRAK TAJAAN TFC MUSIM 2020
Radio Manis FM iaitu stesen radio yang begitu popular khususnya di wilayah pantai timur telah menjadi salah sebuah penaja bagi pasukan Terengganu Football Club (TFC) pada tahun ini (2019) dan telah menjalankan kerjasama sejak awal tahun ini bersama pihak pengurusan TFC dalam merencanakan promosi media dan pemasaran yang dilihat dapat memberikan faedah dan impak positif buat kedua-dua pihak. Ianya adalah termasuk menjalankan promosi pertandingan, program dan aktiviti yang dianjurkan dan segala bentuk berita berkenaan pasukan TFC.
Radio Manis FM juga pada tahun ini telah berjaya memeriahkan hari perlawanan yang melibatkan pasukan TFC pada tahun ini dengan mengadakan aktivit bersama penyokong yang hadir ke gelanggang rasmi TFC ini iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu semasa waktu rehat perlawanan disamping menawarkan hadiah menarik kepada mereka. Ianya dilihat pembaharuan yang boleh menarik lebih ramai penonton untuk hadir ke stadium kerana kini mereka bukan sahaja dapat hadir menyaksikan perlawanan bola sepak, namun mereka juga berpeluang menyertai pelbagai program, kuiz dan sebagainya dan jika bernasib baik bakal membawa pulang hadiah sumbangan pihak penaja TFC ini sendiri. Tambah menarik, pihak Manis juga pernah beberapa kali membawa selebriti terkenal seperti Mat Dan ke stadium bagi acara ‘live-cross’ bersama penyokong yang hadir ke gelanggang rasmi TFC ini iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu dan ini menambahkan lagi kemeriahan yang dibawakan oleh penaja ini.
Pagi ini, hasil perbincangan dan perancangan strategik untuk musim hadapan, pihak Manis FM telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bagi tajaan buat TFC bagi musim 2020. Pihak Manis FM diwakili oleh Pengurus Besar Manis FM sendiri, Encik Ozarizan Bin Mohd Nor telah menandatangani kontrak tajaan bagi musim hadapan. Pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pula diwakili oleh Setiausaha Eksekutif persatuan ini, Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain.
Pengurus Besar Manis FM, Encik Ozarizan menyatakan pada tahun ini mereka menerima impak yang sangat positif apabila mula menaja pasukan TFC terutama melalui publisiti dan peningkatan bilangan pendengar siaran mereka. Tambah Ozarizan, pihak Manis FM sedia membantu pihak TFC dalam terus memberikan promosi berkenaan pasukan ini melalui pelbagai sumber yang mereka ada bagi musim 2020. Tambah beliau kini, orang ramai sudah semakin mengenali Manis FM dan tidak dinafikan orang semakin sinonim antara ikatan TFC dan juga Manis FM ini.
Setiausaha Eksekutif PBSNT, Encik Syahrizan menyatakan ikatan antara TFC dan Manis FM adalah antara aset yang penting buat TFC kerana dalam dunia bola sepak kini, media adalah medium utama bagi perkembangan sesebuah pasukan terutama bagi bidang pemasaran pasukan. Saluran yang dimaksudkan tidak kira ianya media cetak, internet, radio dan sebagainya. Bagi beliau, kerjasama sebegini adalah penting dan boleh diperluas dari tahun ke tahun mengikut kemampuan kedua-dua belah pihak.
Gambar sekitar majlis tandatangan kontrak diantara Manis FM dan TFC
Gambar sekitar majlis tandatangan kontrak diantara Manis FM dan TFC
Gambar sekitar majlis tandatangan kontrak diantara Manis FM dan TFC
Gambar sekitar majlis tandatangan kontrak diantaran Manis FM dan TFC
Gambar sekitar majlis tandatangan kontrak diantara Manis FM dan TFC
Comments (3)
FloydSlino
purple pharmacy mexico price list: mexican pharmacy – mexican drugstore online
Williamfew
indian pharmacy https://indiaph24.store/# online shopping pharmacy india
top 10 online pharmacy in india
Ezra
Hello! Do you know if they make any plugins to assist with
SEO? I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
If you know of any please share. Thanks! You can read similar article here: Warm blankets