TERENGGANU FC TANPA 3 TONGGAK DALAM PERLAWANAN MENENTANG PKNP FC

Terengganu FC pada malam ini bakal beraksi tanpa 3 tonggak utama pasukan iaitu Lee Tuck, Malik Ariff dan Ashari Samsudin.

Ashari yang mengalami kecederaan di pergelangan kaki sebelum ini telah dikenalpasti oleh pasukan dan tidak dibawa bersama ke Perak manakala Malik Ariff terpaksa diketepikan saat akhir apabila mengalami kecederaan ketika menjalani latihan akhir.

Pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck pula terpaksa kembali ke Terengganu atas urusan yang tidak dapat dielakkan dan telahpun mendapat kelulusan oleh ketua jurulatih dan pengurus pasukan. Irfan Bakti terpaksa membuat perubahan kecil dalam pasukan bagi perlawanan pada malam ini dan pasukan tetap yakin untuk mendapatkan mata ditempat lawan pada malam ini.

Leave a Reply