DENIS NGWENI KADIANG PERKASA BARISAN PERTAHANAN TERENGGANU FC

Terengganu Football Club (Terengganu FC) terus memperkukuhkan barisan pertahanan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2026/2027 apabila mengesahkan kehadiran pemain pertahanan import, Denis Ngweni Kadiang, yang telah menandatangani kontrak selama satu musim bersama pasukan.

Pemain yang sebelum ini beraksi bersama Al-Talaba SC dalam saingan Iraq Stars League itu dipilih sebagai sebahagian daripada perancangan kelab untuk memperkukuhkan benteng pertahanan dengan kehadiran pemain yang memiliki pengalaman serta kualiti di peringkat kompetitif.

Seluruh warga Terengganu FC mengalu-alukan kehadiran Denis Ngweni Kadiang ke dalam keluarga Terengganu FC dan berharap beliau dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh kontraknya dalam membantu pasukan mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi musim 2026/2027.