DANIAL AMIER PERKUKUH JENTERA TENGAH TERENGGANU FC BAGI MUSIM 2026/2027

Terengganu Football Club (Terengganu FC) dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pemain tengah berpengalaman, Muhammad Danial Amier bin Norhisham, bagi memperkuatkan skuad TFC untuk menghadapi saingan musim 2026/2027.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak selama satu musim bersama Terengganu FC selepas beraksi bersama Kuching City FC dan turut memiliki pengalaman di pentas tertinggi bola sepak tempatan. Selain itu, Danial Amier juga merupakan pemain kebangsaan Malaysia yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya.

Mengulas mengenai penyertaannya bersama Terengganu FC, Danial Amier berkata beliau bertekad untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan serta bekerja keras dalam setiap sesi latihan dan perlawanan. Beliau juga berharap dapat menyesuaikan diri dengan segera di bawah kendalian ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dan memberikan yang terbaik bagi membantu pasukan mencapai sasaran yang telah ditetapkan sepanjang musim 2026/2027.

Selamat datang ke Terengganu FC, Danial Amier!