MANUEL OTT KEMBALI MEMPERKUKUHKAN TERENGGANU FC BAGI MUSIM 2026/2027

Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) dengan sukacitanya mengumumkan kepulangan semula pemain import kuota ASEAN, Manuel Gelito Ott, bagi memperkuatkan skuad kendalian Nafuzi Zain menjelang saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.

Manuel Ott merupakan pemain tengah dan tonggak skuad kebangsaan Filipina yang sebelum ini beraksi bersama Rayong FC. Kepulangan beliau diyakini mampu menambah kekuatan di bahagian tengah pasukan menerusi pengalaman, kualiti teknikal serta kepimpinan yang dimiliki.

Pengurusan kelab percaya kehadiran semula Manuel Ott akan memberikan impak positif kepada pasukan dalam usaha memperkukuhkan skuad dan merealisasikan sasaran Terengganu FC untuk terus bersaing secara kompetitif dalam semua pertandingan musim ini.