TERIMA KASIH AL IKHSAN SPORTS ATAS 7 TAHUN SOKONGAN BERSAMA TERENGGANU FC

Terengganu FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al-Ikhsan Sports atas komitmen serta kepercayaan yang telah diberikan sepanjang tujuh tahun menjalinkan kerjasama penajaan bersama kelab.

Sepanjang tempoh tersebut, Al-Ikhsan Sports bukan sekadar tampil sebagai rakan penaja, malah turut memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan Terengganu FC, sama ada di dalam mahupun di luar padang. Kerjasama yang terjalin telah menyumbang kepada pelbagai pencapaian serta perkembangan positif kelab sepanjang beberapa musim lalu.

Pihak kelab amat menghargai segala sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh Al-Ikhsan Sports sepanjang menjadi sebahagian daripada perjalanan Terengganu FC. Hubungan profesional yang dibina sejak tujuh tahun lalu menjadi bukti komitmen kedua-dua pihak dalam memartabatkan pembangunan bola sepak tempatan.

Bagi pihak seluruh warga Terengganu FC, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Ikhsan Sports atas segala sumbangan dan dedikasi sepanjang tempoh kerjasama ini. Semoga Al-Ikhsan Sports terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Kepada seluruh penyokong dan bola sepak tempatan, kami menyeru anda semua untuk kekal menyokong syarikat dan jenama tempatan yang sentiasa membantu dalam industri bola sepak dan sukan tanah air.