Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Sabah FC

Liga Super Malaysia 2024/2025 pasukan Terengganu FC bakal bertemu dengan pasukan Sabah FC yang merupakan pasukan berada dikedudukan tiga teratas untuk musim ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketua Jurulatih, Badrul Afzan melakukan sedikit perubahan buat pasukan kendaliannya selepas Pemain Utama, Azam Azmi dan Akram Mahinan tidak dapat beraksi perlawanan menentang Sabah FC selepas mengalami kecederaan.

Walaubagaimanapun beliau menyatakan hasrat bagi memburu tiga mata dihalaman sendiri dan berpesan kepada anak-anak buahnya untuk tidak mudah melakukan kesilapan mudah untuk dibolosi bagi perlawanan ini.

Sepak mula perlawanan malam ini memberi kedua-dua pasukan cuba menyusun rentak bagi mendapatkan jaringan awal selepas pasukan Pelawat mempunyai peluang keemasan selepas larian Stuart Wilkin berjaya membolosi penjaga gol, Syed Nasrulhaq pada minit ke-19. Seterusnya pasukan Terengganu FC tidak mudah mengalah selepas hantaran Akhyar Rashid berjaya ditanduk masuk oleh penyerang Ismaheel Akinade pada minit-23. Pasukan Sabah FC cuba mendapatkan pendahuluan jaringan dan berjaya selepas Saddil Ramdani berjaya menanduk masuk untuk gol kedua Sabah FC pada minit ke-43 dan tamat perlawanan untuk separuh masa pertama.

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran permain dengan membawa masuk Syahmi Zamri dan mengeluarkan Nelson Bonilla. Pasukan Terengganu FC cuba berusaha bagi mendapatkan jaringan penyamaan dan berjaya apabila sepakan penjuru Safawi Rasid berjaya memperdayakan penjaga gol Sabah FC, Damien Chien pada minit ke-84 dan tamat perlawanan dengan keputusan seri Terengganu FC (2)(2) Sabah FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.

rimbatoto rimbatoto rimbatoto slot gacor slot gacor rimbatoto toto slot