Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Johor Darul Ta’zim
Liga Super Malaysia 2024/2025 sekali lagi pasukan Terengganu FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dimana Ketua Jurulatih Badrul Afzan melakukan sedikit perubaham formasi dimana pertahanan Argim Redzovic menjadi tonggak utama selepas Alif Zakaria tidak dapat beraksi selepas mengalami kecederaan. Selain itu, pemain tengah Manuel Ott juga tidak dapat beraksi untuk perlawanan bagi menentang JDT FC malam ini.
Sepak mula perlawanan pada malam ini kedua-dua pasukan semestinya cuba mencari peluang dan jaringan awal selepas pasukan pelawat mempunyai satu peluang keemasan apabila rembatan Juan Muniz berjaya menewaskan penjaga gol Rahadiazli pada minit ke-12. Pasukan tuan rumah cuba bangkit bagi mendapatkan jaringan penyamaan namun tidak berjaya selepas beberapa peluang disia-siakan oleh pemain Terengganu FC dan tamat untuk separuh masa pertama
Memasukki separuh masa kedua Terengganu FC terkpaksa melakukan satu pertukaran selepas penjaga gol Rahadiazli mengalami kecederaan dan menggantikan penjaga gol Syed Nasrulhaq. Pasukan pasukan tuan rumah diasak oleh pasukan pelawat bagi mendapatkan jaringan namum pertahanan Terengganu FC berdisplin bagi mempertahankan gawang dari dibolosi. Satu peluang oleh pasukan tuan rumah selepas rembatan Nurillo Tuktasinov dinafikan oleh palang gol dan tidak berjaya dan tamat perlawanan bagi bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025 dengan jaringan Terengganu FC (0) (1) Johor Darul Ta’zim.