Ulasan Perlawanan Perak FC Melawan Terengganu FC
Aksi Liga Super Malaysia bagi pusingan Kedua untuk perlawanan pertama pasukan Perak FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak selaku tuan rumah pada perlawanan petang ini. Perak FC yang sebelum ini bertandang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah tewas dengan jaringan Terengganu FC (3) (1) Perak FC.
Ketua Jurulatih, Badrul Afzan menyasarkan dengan mengekalkan kemenangan dan meletakkan target sekurang-kurangnya 1 mata di tempat lawan petang ini dan percaya kepada anak buahnya untuk terus focus dan bermain bersungguh-sunguh walaupun pasukan ini kekurangan beberapa pemain seperti Marin Pilj, Ismaheel Akinade dan Akhyar Rashid tidak dapat menjadi tonggak utama pada perlawanan pada petang ini. Badrul Afzan juga memberi kepercayaan kepada Hakim Hassan, Akram Mahinan dan mengekalkan pemain-pemain yang lain bagi berhadapan dengan pasukan tuan rumah
Sepak mula perlawanan pada petang ini menunjukkan kedua-kedua pasukan cuba mencari peluang selepas pasukan rumah mempunyai peluang keemasan selepas pertahanan, Safwan Mazlan melakukan kesilapan dengan menerjah keras kepada pemain perak FC dan berjaya mendapatkan peluang sepakan penalti dan disudahi oleh pemain, Luka Milunovic pada minit ke 8. Seterusnya pasukan Terengganu FC cuba mencari gol penyamaan dan berjaya selepas hantaran Manny Ott kepada Nelson Bonilla berjaya menjaringkan gol penyamaan dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Perak FC (1) (1) Terengganu FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Perak FC cuba memberi tekanan kepada pasukan Terengganu FC dan berjaya apabila peluang kedua selepas pengadil perlawanan memberi sepakan penalti yang kedua oleh pasukan tuan rumah dan berjaya disudahi oleh ketua pasukan Luciano pada minit 56’. Seterusnya pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Akhyar Rasid, Nik Sharif dan mengeluarkan Safawi Rasid, Hakim Hasan. Selang beberapa minit pasukan Terengganu FC terpaksa mengeluarkan Akram Mahinan selepas mengalami kecederaan dan membawa masuk Nnabuike Chijioke. Pasukan Terengganu FC cuba berusaha bagi mendapatkan peluang gol penyamaan berjaya selepas pengadil perlawanan memberi sepakan penalti kepada pasukan Terengganu FC dan disudahi Nik Sharif dan tamat perlawanan memaksa untuk kedua-dua pasukan memiliki keputusan seri dengan jaringan Perak FC (2) (2) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.