TERENGGANU FC III DAN TERENGGANU FC IV TAGIH SOKONGAN PENYOKONG DALAM AKSI SEPARUH AKHIR

Kedua-dua skuad muda Terengganu FC iaitu Terengganu FC III (B20) dan Terengganu FC IV (B18) bakal beraksi di pentas Separuh Akhir kejohanan masing-masing pada bulan ini.

Pasukan Terengganu FC III akan memulakan aksi Separuh Akhir Piala Presiden menentang pasukan Johor Darul Ta’zim III pada 23 Oktober 2024 bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Perlawanan yang akan bermula jam 4.45 petang ini juga akan ditayanhkan secara langsung di aplikasi TFC Play.

Pasukan Terengganu FC IV akan bertemu pasukan Selangor FC IV dalam aksi Separuh Akhir Piala Belia pada 2 November 2024. Perlawanan ini juga bakal ditayangkan secara langsung di aplikasi TFC Play.

Dua wakil pasukan dari Terengganu ini diharapkan mampu untuk mendapatkan keputusan positif untuk dibawa ke perlawanan timbal balik selepas ini.