Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Dong A Thanh Hoa FC

Asean Club Championship Shoppe Cup 2024/2025 di antara pasukan Terengganu FC menentang dengan pasukan Dong A Thanh Hoa FC ( Vietnam ) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada malam ini menyaksikan perlawanan yang kedua selepas pasukan Terengganu FC tewas dengan pasukan PKR Svay Rieng FC ( Cambodia ).

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Azam Azmi dan Akhyar Rashid untuk menjadi tonggak utama bagi perlawanan pada malam ini dan mengekalkan pemain-pemain yang lain.

Sepak mula perlawanan pada malam ini pasukan Terengganu FC menunjukkan pasukan Terengganu FC lebih aggresive bagi mendapatkan jaringan selepas larian Akhyar Rashid tersasar. Pasukan Terengganu FC terus berusaha bagi mendapatkan jaringan dan berjaya selepas peluang oleh Akhyar Rashid dengan rembatan terus memberi jaringan pertama pada minit ke 21’ . Seterusnya pasukan Terengganu FC terus menghukum pasukan Dong A Thanh Hoa FC apabila larian dan hantaran Azam Azmi kepada Manuel Ott berjaya menjaringkan gol kedua pada minit 41. Pasukan pelawat cuba bangkit bagi mendapatkan jaringan selepas sepakan percuma memberi peluang kepada pemain Luiz Antonio untuk menanduk masuk pada minit ke 45 dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC ( 2) (1) Dong A Thanh Hoa FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan pelawat cuba memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah bagi mendapatkan gol penyamaan berjaya selepas pemain Muhammad Ubaidullah menjaringkan gol sendiri pada minit ke 51. Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Marin Pilj, Nnabuike Chijioke dan menggantikan pemain Akram Mahinan, Ismaheel Akinade. Seterusnya Ketua Jurulatih membuat satu lagi pertukaran pemain dengan membawa masuk Nik Sharif dan menggantikan Safawi Rasid. Kedua-dua pasukan cuba mencari peluang untuk lebihan jaringan namum tidak berjaya l selepas wisel penamat memaksa untuk kedua-dua pasukan memiliki keputusan seri dengan jaringan Terengganu FC (2) (2) Dong A Thanh Hoa FC bagi aksi Asean Club Championship Shoppe Cup 2024/2025.