𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐏𝐄𝐑

Seperti yang telah diumumkan secara rasmi oleh penganjur Liga Malaysia, Malaysia Football League sebelum ini, pindaan tarikh dua (2) perlawanan aksi Liga Super melibatkan Terengganu FC adalah sepertimana berikut.

1. Terengganu FC vs Selangor FC, 28 September 2024 (Sabtu)
2. Terengganu FC vs PDRM FC 04 Oktober 2024 (Jumaat)

Sebelum ini pihak Selangor FC telah memohon pindaan tarikh dari pada jadual asal 21 September 2024 ke satu tarikh yang lain untuk persetujuan bersama disebabkan pada 19 September 2024, mereka bertemu Muangthong United di Bangkok Thailand dalam saingan ACL2. Setelah dipertimbangkan dan diusahakan, tiada tarikh yang sesuai untuk dipinda dan Terengganu FC setuju mengekalkan pada tarikh 21 September 2024 (sabtu) dengan tiada pindaan.

Namun begitu, Malaysian Football League (MFL) telah memaklumkan tarikh 21 September 2024 (sabtu) tidak dapat dilangsungkan dan perlu ditunda serta menyarankan kepada Terengganu FC meminda kepada tarikh 22 September 2024 (ahad) atau 28 September 2024 (sabtu) dan juga menunda PDRM FC ke 04 Oktober 2024 (jumaat) dari jadual asal 29 September 2024 (ahad). Namun begitu, kedua-dua tarikh tidak memihak kepada Terengganu FC. Terengganu FC terpaksa akur dengan pengelola liga pada tarikh 21 September 2024 (sabtu) tidak dapat dilangsungkan perlawanan tersebut.

Oleh yang demikian, Terengganu FC memilih tunda kepada 28 September 2024 (sabtu) merupakan tarikh yang lebih baik dari 22 September 2024 (ahad) setelah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan dan kejurulatihan.

Tarikh pertama 22 September 2024 (ahad) dipertimbangkan tidak sesuai disebabkan :

  1. Menghormati dan memikirkan penyokong Terengganu FC untuk hadir ke stadium disebabkan Ahad hari bekerja. Mengikut rekod, penyokong mengalami masalah untuk hadir terutamanya mereka yang jauh dari Kemaman, Besut dan sekitarnya. Berdasarkan rekod, kehadiran penyokong jika bermain hari bekerja sekitar 15 – 20% sahaja dari kapasiti stadium. Kehadiran penyokong sangat membantu memberi semangat kepada pemain di atas padang apabila bermain di laman sendiri.
  2. Terengganu FC juga dijadualkan bertemu Doang A Thanh Hoa FC pada 25 September 2024 di saingan peringkat Asean Shopee Cup 2024/2025 yang dilihat tarikh 22 September 2024 tidak sesuai disebabkan semua hari bekerja menyulitkan urusan persiapan venue Shopee yang terperinci dan juga tempoh rehat 2 hari sahaja.

Tarikh kedua 28 September 2024 (sabtu) dipertimbangkan sedikit sesuai disebabkan :

  1. Hari minggu yang memberi keselesaan kepada penyokong untuk hadir memberi sokongan. Untuk rekod kehadiran penyokong jika bertemu pasukan seperti JDT & Selangor FC sekitar 50 – 70% kehadiran. Kehadiran penyokong sebagai pemain ke.12, memberi impak besar kepada semangat pemain ketika beraksi. Di dalam saingan Liga Super musim ini, TFC belum pernah tewas.
  2. MFL juga meminda tarikh PDRM FC iaitu asalnya pada tarikh 29 September 2024 (ahad) kepada 04 Oktober 2024 (sabtu) dan memberi tempoh masa rehat 7 hari kepada TFC setelah mengharungi dua (2) perlawanan yang penting.
  3. Pertimbangan juga dari segi tempoh masa rehat pasukan yang sedikit tidak menyebelahi pasukan. Namun berdasarkan rekod 2023, Terengganu FC lawan Selangor FC 16 September 2023 menang 2 – 0 manakala Terengganu FC lawan Central Coast Mariners pada 20 September 2024 menang 1 – 0 kedua-dua di laman sendiri dengan tempoh rehat 3 hari dan 24 September 2023 bertemu Selangor FC di tempat lawan dengan keputusan 1 – 1. Tiga (3) perlawanan penting yang mampu diharungi. Perlawanan 24 Mei 2023 bertemu Penang FC menang 1 – 0 dan 27 Mei 2023 bertemu Kelantan FC menang 4 – 2 dilaman sendiri.

Secara rumusannya, kedua-dua tarikh yang disarankan tidaklah sesuai berbanding 21 September 2024 (sabtu). Namun, Terengganu FC akur serta terpaksa membuat keputusan yang terbaik demi pasukan dan kelab.

Diharapkan seluruh penyokong Terengganu FC sentiasa menjadi nadi kepada pasukan untuk terus memberi sokongan samada hadir ke stadium mahupun membeli barangan rasmi kelab.