Ulasan Perlawanan Sabah FC Melawan Terengganu FC

Pertembungan Liga Super Malaysia 2024/2025 di antara pasukan Sabah FC menentang Terengganu FC di Stadium Likas, Sabah kembali selepas berehat panjang sempena Pestabola Merdeka yang baru-baru ini berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Ketua Jurulatih Tomislav SteinbrΓΌckner memberi kepercayaan kepada anak-anak buahnya bagi perlawanan malam ini dan sentiasa berpesan tidak terlalu mengambil mudah kepada pihak lawan walaupun kita melalui dengan keputusan dua kemenangan bagi perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Likas, Sabah terhadap pasukan tuan rumah bagi aksi Liga Super Malaysia ini.

SeterusnyaTomislav SteinbrΓΌckner membuat sedikit perubahan kepada pasukan Terengganu FC selepas memberi kepercayaan kepada pemain lokal Akram Mahinan yang bakal beraksi sebagai tonggak utama untuk perlawanan pada malam ini dan semestinya aksi sulong bagi pemain import baru, Nelson Bonilla diturunkan bagi jentera serangan. Pasukan Terengganu FC juga terpaksa bermain tanpa pemain pertahanan tengah, Sharul Nizam selepas beliau menghadapi kecederaan dan menggantikan kepada pemain import Steenvoorden bakal beraksi bersama Safwan Mazlan.

Sepak mula perlawanan pada malam ini pasukan Terengganu FC memberi tekanan awal kepada pasukan tuan rumah dengan peluang yang dimiliki oleh penyerang Nelson Bonilla namum sedikit tersasar. Pasukan tuan rumah cuba mencari peluang dan berjaya selepas hantaran Taesu Park kepada Joao Pedro berjaya memberi jaringan pertama pada minit ke 10. Pasukan Terengganu FC cuba bangkit bagi menyamakan kedudukan namum tidak berjaya selepas rembatan Mannuel Ott berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Damien Chien. Pasukan Terengganu FC terpaksa membuat pertukaran awal apabila pertahanan Safwan Mazlan mengalami kecederaan dan digantikan dengan Azam Azmi. 5 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan memberi ruang dan peluang keemasan kepada pasukan Terengganu FC apabila rembatan Ismaheel Akinade berjaya memberi gol penyamaan dan tamat perlawanan separuh masa pertama dengan jaringan Sabah FC (1) (1) Terengganu FC.

Memasukki separuh masa kedua kedua-dua pasukan sememangnya mencari peluang jaringan yang seterusnya. Beberapa peluang yang dimiliki oleh kedua pasukan namum tidak berjaya. Pasukan Terengganu FC sekali lagi membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir, Akhyar Rashid dan mengeluarkan Ismaheel Akinade, Nelson Bonilla. 5 minit baki perlawanan Tomislav SteinbrΓΌckner membuat pertukaran terakhir dengan membawa masuk Marin Pilj, Hakim Hassan dan mengeluarkan Safawi Rasid, Nurillo Tuktasinov. Pasukan Terengganu FC cuba memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah dan tidak berjaya selepas wisel penamat memaksa untuk kedua-dua pasukan memiliki keputusan seri dengan jaringan Sabah FC (1) (1) Terengganu FC bagi aksi Liga Super Malaysia 2024/2025.