Ulasan Perlawanan Terengganu FC Melawan Sri Pahang FC

Pertembungan β€œseteru Pantai Timur” pasukan Terengganu FC dan Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini menyaksikan Liga Super Malaysia 2024/2025 selepas pasukan Terengganu FC mencipta tiga mata untuk perlawanan sebelum ini yang menentang pasukan KL City FC di Stadium Bandaraya Kuala Lumpur.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengekalkan tonggak utama untuk perlawanan pada malam ini dan semestinya cuba untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri bagi mendapatkan tiga mata bagi aksi Liga Super walaupun keputusan pada musim 2023 pasukan Terengganu FC tewas dengan jaringan 2-1 di halaman sendiri.

Sepak mula perlawanan pada malam ini menunjukkan pasukan Terengganu FC menguasai permainan bagi mencari peluang awal namum disekat oleh pertahanan Sri Pahang FC. Pasukan Sri Pahang juga mencari peluang bagi mendapatkan jaringan selepas peluang oleh penyerang, Kpah Sherman tidak berjaya bagi mendapatkan jaringan. Dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan telah berjaya mendapatkan jaringan pertama oleh pasukan Terengganu FC selepas sungkitan Nurillo Tuktasinov berjaya memperdaya penjaga gol Sri Pahang FC, Muhammad Azfar dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Terengganu FC (1) (0) Sri Pahang FC.

Memasukki separuh masa kedua pasukan pelawat cuba mencari peluang dan jaringan penyamaan apabila Suhaimi Husin diuji dan bejaya diselamatkan oleh beliau. Pasukan Terengganu FC membuat satu pertukaran pemain dengan membawa masuk Nik Sharif dan mengeluarkan Safawi Rasid. Seterusnya Terengganu FC membuat dua lagi pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir, Syahmi Zamri dan mengeluarkan Akhyar Rasid, Marin Pilj. 4 minit masa tambahan yang diberikan oleh Pengadil perlawanan berjaya memberi ruang dan peluang oleh Pasukan pelawat selepas tandukan Brundo Stenfano berjaya menyamakan jaringan dan tamat perlawanan bagi aksi Liga Super Malaysia 2024 dengan jaringan Terengganu FC (1) (1) Sri Pahang FC.