Ulasan Perlawanan Sabah FC Melawan Terengganu FC

Suku akhir kedua Piala FA, Sabah FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Likas Kota Kinabalu dan kembalinya Ketua Jurulatih Tomislav steinbrückner bagi mengendali pasukan Terengganu FC dengan mengekalkan posisi utama pemain-pemain Terengganu FC yang sebelum ini bagi menghadapi Sabah FC. Pasukan Terengganu FC sebelum ini berjaya menembusi 4 jaringan pasukan tuan rumah bagi aksi Piala FA Pertama ketika perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sepak mula perlawanan pada malam ini semestinya pasukan tuan rumah ingin bekerja keras bagi mendapatkan jaringan yang besar bagi kelayakan separuh akhir Piala FA. Namum perkara ini dinafikan oleh pasukan Terengganu FC selepas hantaran Ismaheel Akinade kepada Safawi Rasid berjaya menjaringan gol pertama pada minit ke-10. Pasukan tuan rumah cuba mencari peluang untuk jaringan bagi separuh masa pertama selepas tandukan penyerang Ramon berjaya dihalang penjaga gol Syed Nasrulhaq. Pasukan Terengganu FC terus menghukum pasukan tuan pada minit ke 43’ apabila lorongan Marin Pilj kepada Akhyar Rasid mudah untuk menjaringan gol kedua dan tamat separuh masa pertama dengan jaringan Sabah FC (0) (2) Terengganu FC.

 

Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC membuat dua pertukaran pemain dengan membawa masuk Engku Shakir, Hakim Hasan dan mengeluarkan Akhyar Rashid, Manuel Ott. Dengan adanya dua jaringan oleh pihak Terengganu FC, Tomislav steinbrückner membuat satu lagi pertukaran dengan membawa masuk Akram Mahinan dan mengeluarkan Nurillo Tuktasinov. Beberapa peluang yang dimiliki oleh pasukan tuan rumah tidak memberi tuah selepas tidak berjaya mendapatkan jaringan. Pertukaran terakhir buat pasukan Terengganu FC dengan membuat penggantian barisan pertahanan dengan membawa masuk Steenvoorden dan Ubaidillah. Pasukan Sabah FC terus dihukum oleh pasukan Terengganu FC apabila sepakan percuma Marin Pilj berjaya menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Chemat sekaligus memberikan kemenangan dengan jaringan Sabah FC (0) (3) Terengganu FC dan membawa kelayakan untuk separuh akhir bagi perlawanan Piala FA 2024/2025