KORIDOR UTILITI TEKNOLOGI TERENGGANU (KUTT) PENAJA TERENGGANU FC MUSIM 2024/2025

Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) yang telah ditubuhkan pada 24 September 2020 secara rasminya dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai Agensi Hentian Setempat (One Stop Agency) untuk semua permohonan permit bagi kerja-kerja korek gali di seluruh Negeri Terengganu.

Penubuhan ini mempertanggungjawabkan KUTT untuk membangunkan Koridor Utiliti Negeri Terengganu yang bersepadu bagi semua jajaran utiliti merangkumi tenaga eletrik, bekalan air, rangkaian telekomunikasi dan sistem kumbahan. Koridor Utiliti Teknologi Terengganu berfungsi memantau setiap projek dari mula permohonan sehingga akhir.

Dalam masa yang sama, Agensi KUTT turut menyediakan pelan infrastruktur utiliti dan pelan pengurusan trafik kepada pemohon.
Syarikat Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) secara rasminya telah Menandatangani Persefahaman Bersama Kelab Bola Sepak Terengganu Football Club Sdn Bhd bagi musim 2024/2025.

*Terengganu FC X Koridor Utiliti Teknologi Terengganu