Ulasan Perlawanan Kelantan FC Melawan Terengganu FC
Aksi Liga Super Malaysia 2023 di antara pasukan Kelantan FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke- lV dimana ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner mengekalkan skuad utama yang sebelum ini dan kembalinya pemain pertahanan Sharul Nizam dan Alif Zakaria akan diberi tugas menjadi skuad utama pada malam ini. Seterusnya melakukan perubahan kepada pemain sayap Nik Sharif juga diberi peluang untuk menjadi tonggak utama bagi aksi menentang Kelantan FC.
Perlawanan pada malam ini terpaksa ditunda seketika selepas bandar Kota Bharu mengalami hujan lebat dan menyebabkan permukaan air bertakung,namum Komisional perlawanan memberi keputusan untuk terus bermain pada jam 10.30 bagi sepak mula perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukan Kelantan FC dan Terengganu FC.
Bagi awal perlawanan untuk kedua-dua pasukan sedikit sukar bagi mencari jaringan awal selepas padang Sultan Muhammad ke- lV mengalami sedikit becak. Namum pasukan Terengganu FC tidak mengalah kerana mempunyai peluang selepas sepakan penjuru berjaya menghasilkan gol pertama yang ditanduk masuk oleh Penyerang import, Ivan Mamut pada minit ke 12’. Seterusnya pasukan Terengganu FC terus menggandakan jaringan apabila hantaran Sony Norde mudah untuk tandukkan Nurillo memberikan gol pertama buat beliau pada musim ini sekaligus menewaskan penjaga gol kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal pada minit 26’. Pasukan tuan rumah terus dihukum oleh pasukan Terengganu FC selepas kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan Kelantan FC dan memberi peluang kepada Nik Sharif untuk menjaringakan gol ketiga pada minit ke – 36’.
Dengan keadaan padang yang kurang memuaskan tidak sedikit memberi impak kepada pasukan Terengganu FC apabila semangat untuk terus mencari jaringan yang keempat setelah sepakan percuma yang dilakukan oleh Sonny Norde berjaya ditanduk masuk oleh Engku Shakir pada minit ke-40’. Satu minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil perlawanan sekaligus memberi kedudukan yang selesa buat pasukan Terengganu FC untuk separuh masa pertama dengan jaringan Kelantan FC (0) (4) Terengganu FC.
Memasukki separuh masa kedua pasukan Terengganu FC terus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah selepas sepakan penjuru sekali lagi memberi peluang kepada pertahanan Terengganu FC, Safwan Mazlan untuk menanduk masuk gol kelima pada minit ke- 46’. Seterusnya pasukan Terengganu FC menambah jaringan yang keenam pada minit ke 53’ selepas Ivan Mamut telah berjaya mendapatkan gol kedua buat beliau pada perlawanan ini. Terengganu FC membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Argzim Redzovic, Hakimi Abdullah dan mengeluarkan Sharul Nizam, Sony Norde. Percaturan yang dilakukan oleh Tomislav Steinbruckner dengan memasukan Hakimi Abdullah menjadi selepas beliau berjaya menjaringkan gol ketujuh buat pasukan Terengganu FC pada minit ke 63’. Komitmen yang diberikan oleh penyerang import, Ivan Mamut semestinya memberi impak yang besar buat beliau selepas berjaya menjaringkan gol hatrik dan gol kelapan buat pasukan Terengganu FC pada minit ke- 67. Terengganu FC sekali lagi melakukan dua pertukaran dengan membawa masuk Syahmi Zamri, Muhammad Zuasyraf dan mengeluarkan Ivan Mamut, Engku Shakir memberi peluang untuk minit perlawanan kepada pemain itu dan sekaligus pasukan Terengganu FC mendapat kemenangan yang bergaya bagi aksi Liga Super Malaysia 2023 dengan jaringan Kelantan FC (0) (8) Terengganu FC.